Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, March 30, 2011

Kalau dah di takdirnya jadi tetap juga jadi...



Baru malam ni aku dapat update blog setelah berpenat lelah siang tadi.

Hari ni aku ambil cuti satu hari... hajat di hati nak settelkan pengeluaran wang KWSP aku untuk pembayaran rumah.

Pukul 9.30am aku dah terpacak kat M. Bank Senawang nak ambil pengesahan akaun aku ..... sekarang ni saving akaun tak pakai buku tu yang payah nak lak g mengadap ke bank dulu ambil surat pengesahan... tapi pegawai yg bertugas kata dapat esok... tak kan aku nak pergi esok lak sedangkan aku dah ambil cuti hari ni.

Aku  dapat rasakan macam urusan aku ni tak boleh settel hari ni... kalau tak rugilah cuti aku untuk hari ni...
kena lak ambil cuti  lagi lain kali... aku tak mau lah camtu... nak settel hari ni gak!!

Pegawai kat kaunter tu  cadangkan kalau nak cepat aku print out je dari online M.Bank2u tapi pihak bank tak dapat tolong kena wat sendiri..... okey aku terpaksa balik ke rumah untuk print out sendiri.....  nasiblah taman aku duduk ni  kat belakang bank tu jee... dah settel aku pergi lak ke M.Bank Seremban.( pasal dulu aku buat pinjaman kat HQ M.bank Seremban )

Kat HQ M.bank seremban ni lak aku kena minta surat pengesahan bank untuk baki rumah aku dan akaun M.bank yang buat pinjaman untuk aku.... dari awal aku dah risau kalau jawapan pun sama mcm M.Bank Senawang gak....kalau  kena tunggu esok.... aduhhh !!

Tapi nasib aku baik sikit..... aku boleh dapat hari ni jugak tapi lepas pukul satu petang... okeylah aku tak mau paksa dyorang cepat2 kang dari aku dapat langsung tak dapat lak....  jadi aku kena ada toleransi sikit dengan minachi HQ M.bank Seremban tu.... janji urusan aku settel hari ni !!

Sementara tunggu tu aku dan hubby ke KWSP Seremban... ambil penyata terkini dan tanya sekali pegawai kat kaunter tu tentang penyata akaun yg aku print out kat rumah tadi.... dia kata okey tapi kena ada chop & sain M.Bank Senawang.

Sekali lak lagi aku berpusing balik ke Senawang minta chop sain M.bank Senawang... dah siap aku balik ke rumah dulu..... makan, rehat, sembahyang ,mandi pastu g balik ke Seremban... time ni aku dah macam putus asa dah... penat dah.. apalah susah sangat aku nak dapatkan benda - benda macam ni.... kejap ke hulu kejap ke hilir... aku risau tak dapat siap hari ni jee !!

Sampai M.bank Seremban aku terus ambil surat pengesahan yg dah siap tu... lengkapkan borang KWSP yg tak lengkap isi tu lagi... terus ke kedai buku buat photocopy.. pastu ke KWSP ambil no dan tunggu giliran.

Nasib aku baik lagi tu  tak yah tunggu lama-lama..... time pegawai tu chop setiap dokumen aku dia terhenti pada penyata akaun saving M.bank aku dan cakap yg aku print tu tak boleh di gunakan !!!

Sekali lagi aku dah rasa nak pitam dah... pegawai tu bagi borang contoh yg sepatutnya bank bagi kat aku dan dia tanya bila aku boleh datang lagi untuk serahkan borang tu?

Aku direct cakap kat dia kalau boleh aku nak settel hari ni jugak pasal aku dah ambil cuti tapi kalau pasal penyata akaun aku ni tak sah terpaksa lak aku balik ke Senawang.... ni dah pukul 3.15 aku takut tak sempat je nak ke KWSP balik !!

Sewaktu keluar dari KWSP aku teringatkan senior sekolah men aku dulu kerja kat M.Bank Seremban... terus aku call tanya apa aku perlu buat sekarang..... aku dah tak tau apa nak buat dah..... lepas satu satu hal yg timbul...... dialah ikhtiar terakhir aku... dia cadangkan aku terus jumpa cik masita kat M.bank Seremban dan minta pengesahan akaun tu... nasiblah naik motor senang sikit nak berpatah balik ke sana kalau aku naik keta tadi ... macammana ??

Dengan jalan sesak kat tengah bandar Seremban ni betul-betul buat aku jadi stresss gileeeerrr !!!

Tak sampai 10 minit dah siap cik masita print out penyata pengesahan akaun yg baru untuk aku siap chop M.Bank seremban dan signature dia lagi... haishhhh kalaulah aku tahu macam ni punya senang pagi2 lagi aku dah ke sini dah !!

Pastu aku berpatah balik ke KWSP tanpa ambil no  giliran aku terus ke kaunter En Hafiz ( aku dah di pesan awal2 tak yah abl no lagi ) dia yang menguruskan semua dokumen dan borang aku.... dan tepat pukul 4 petang aku melangkah keluar dengan hati yg berbunga-bunga dan senyuman lebar pasal semua urusan aku settel jugak hari ini.

Tak perlulah lagi aku ambil cuti nak buat semua ni lagi dan syukiur Alhamdulillah ALLAH memudahkan semua urusan aku hari ni walaupun pada awalnya aku nampak macam tak boleh siap hari ni.

Aku amat berterima kasih pada semua orang yang bekerjasama dengan aku hari ni walaupun banyak kerenah ea sekejap ke Senawang sekejap ke bandar Seremban tapi setiap orang yg aku jumpa beri layanan dan kerjasama yg baik sekali untuk membantu aku..... dari pegawai2 bank Senawang dan Seremban sampailah ke pegawai2 di kaunter KWSP dan termasuklah nyonya yg tolong copykan borang aku tu dan juga  uncle india yg kasi aku pinjam pen hitam  kat M.B seremban tadi.( tak ada yg tunjuk muka masam mencuka pun kat aku)

Kita merancang Allah yg menentukan tapi kalau Allah dah kata jadi semuanya akan menjadi jugak sekalipun banyak cabaran dan halangannya..... syukur alhamdulillah.....!!!

CN: Cuti dengan tak cuti sama je urusan aku kat bank dgn kwsp je ambil masa selama office hour barulah selesai.


SALAM UKHWAH

6 comments:

Citarasa Rinduan said...

alhamdullillah..
setelah penat dan bekerjaran sattle juga..
itulah kan, semua urusan memang mengajar kita erti kesabaran...lagilah pengalaman ct dikongsi bersama2.
moga2 ramai yang dapat praktikal bila ada masalah pembayaran rumah macam ct...

terima kasih yer

CT NoArIzAh ArIs said...

CR.. betul ayu sy dh hmpir putus asa semalam tapi memikirkan borang dh siap isi dokumen pun dh hmpir lengkap sy nekad kena settlekan smlam jugak.

Alhamdulillah semuanya selesai.

AdiaLuze said...

Nak amik kwsp gak ni wat beli rumah ... lama tak proses tu sis? ;)

CT NoArIzAh ArIs said...

ADIA... klau kali pertama keluar nk wat beli rumah mmg ambil masa lama cikit pasal nk tunggu loan bank approve dan surat dr peguam dulu tapi kalau kali ke dua dan seterusnya xlah lama bergantung pd dokumen2 yg support tu.

Klau semua legkap & x de masalah cepatlah.. jadi klau nak cepat kita kena pastikan semuanya lengkap supaya x tersangkut di mana2.

Gunakan hak kita yg ada tu sebaiknya..:)

ツbieaz@bie Azreenaツ said...

alhamdulilah walaupun banyak halangan last2 selesai gak... :)

CT NoArIzAh ArIs said...

BIE.. ya sy mmg berpuashati sgt syukur pd ALLAH.. selama sy berurusan tu hati x sudah2 berdoa... akhirnya di perkenankan !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails