Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, March 1, 2011

Dah ramai dah malay kat sini.

Hari ni masuk lagi sorang staff baru.... dia ni dari johor ikut hubby dia berpindah kesini... kiranya anak perantaulah ni.

Dulukan boleh dikira dengan jari tangan je berapa orang malay yang kerja kat syarikat yg majoritinya chinese ni.... dah tolak sana dah tolak sini yang pompuannya cuma 2 orang je ...aku dan kak Fatimah... bulan spuloh tahun ni dia dah nak pencen dah.

Tapi sekarang makin ada vacancy makin ramai lak muka melayu yang masuk... bukan tu je indian pun ada jugak... dolu dolu kau tak kan nampaklah kopi O kat sini... semuanya di monopoli bangsa cong ceng cong ceng tu jeee !!
Hari ni dah lebih spuloh orang malay kat sini... nak kira kena angkat jari kaki sekali lak !!


Kira okeylah sekarang.. dah jadi syarikat berbilang kaum... bangsa singh pun ada gak sorang kat sini.
dulu iiiiileeeeekkk !!!

Tadi pompuan baru tu tanya aku okey ke chinese2 kat sini.... coz ini kali pertama keja dengan chinese dulu staff tempat lama melayu jee.
aku kata...oookeeeyyyy!!!
klau ko keja okey.. okeylah dyorang.. kalau keja ko tak okey ko  keja dengan apa bangsa pun jadi K.O !!

Aku dah berbelas tahun kat sini... jujur aku cakap dari aku tadika, sekolah rendah sampai menengah aku tak pernah bergaul dengan lain lain bangsa selain dari melayu sahaja... sebab aku bersekolah di sekolah yg semua bangsa melayu jeee... taraaaak campur-campur !!
kemudian aku kerja pulak di 2 company yang rata-rata orang melayu kita itupun cuma 3 tahun je.
tapi yang ini maksima adalah bangsa chinese aku boleh bertahan hingga ke hari ini.

Disini mereka menghormati bangsa dan agama lain..... malah dlm soal makanan mereka cukup jaga sensitiviti aku sebagai seorang Islam..... mereka tak akan makan daging **** di hadapan aku atau belanja aku makan makanan yg tak halal... specially yg datang dari oversea.

Walau dimana lah kita berada jika kita berpegang kuat pada ajaran agama kita mereka akan lebih menghormati kita.
Jangan tak percaya sebelum bagi aku makan apa2 barang yang mereka beli mereka lebih sibuk tengok cop HALAL JAKIM..... cukup prihatin sebelum nak hulurkan makanan kat aku.
ngalahkan aku pulaaakk !!!!

Jadi tak payahlah nak risau apa-apa ... janji ko keja elok-elok jangan bagi masalah.... yang company kata tak boleh buat ko jgn buat.. sama jugak macam negara kita sekarang ni kan.


CN : Bukankah kita 1 Malaysia ??


SALAM UKHWAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails