Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, March 23, 2011

Mak aku pesan " JGN BERENTI KERJA "





Aku tak tahu ada orang yg setuju atau tidak dengan arahan emak aku ini.... tapi sebagai seorang ibu yang telah berpengalaman membesarkan anak-anak seramai tujuh orang tanpa bekerja .... ada sebab kenapa dia cakap macam tu !!

Mak sering menasihatkan kami walau apapun  terjadi selagi suami izin kan bekerja atau pun masih mampu bekerja ( atas faktor kesihatan ) bekerjalah... jangan berhenti.
Sebab kita tak tahu apa akan berlaku pada nasib kita dan anak-anak di masa hadapan.
samaada jodoh kau panjang atau tidak ataupun ko cerai mati atau hidup !!

Sering kali bila kami ceritakan masalah di tempat kerja mak akan cakap...
" kalau tak tahan cari kerja lain ataupun uruskan masalah sebaik mungkin tapi jangan sekali-kali berhenti kerja dan duduk rumah mengharapkan duit suami "

Ada betulnya apa yang mak cakap kalau di fikirkan mengunakan akal dan mata hati nuraini kita.
Kalau sentuh bab jodoh.. memang hari ini jodoh kita bersama suami masih kuat.
tak perlu risau sebab suami ada...  samada mampu atau tidak keperluan si suami yang uruskan.
tapi bagaimana pula jika di takdirkan jodoh tak panjang samada cerai mati atau hidup?
bagaimana nak membesarkan anak-anak lebih-lebih lagi kalau anak ramai ?

Pesan mak aku lagi jika kami semua bekerja sekurang-kurangnya ada simpanan sendiri, boleh beli apa yang kita suka tanpa meminta pada suami dan yang pentingnya kalau suami dah tak ada( hidup atau mati ) kita masih ada pendapatan tetap untuk membesarkan anak-anak.

Mungkin mak dah rasa macam mana susahnya dulu bila dia tak pegang duit sendiri hanya mengharapkan gaji abah seorang sahaja untuk hidup 9 beranak.
Nasib mak sangat baik sampai hari ini jodohnya masih bersama abah hingga ke usia emas.

Tapi belum tentulah nasib kami jugak akan sebaik emak.
walaupun jodoh panjang tapi di buatnya tetiba si suami jatuh sakit terpaksalah kita pulak yang keluar mencari rezeki.

Mana nak fikirkan anak-anak lagi, suami yang sakit lagi pastu nak cari kerja lagi.
di tambahkan pula zaman sekarang ni bukan senang nak dapatkan kerja.
Walaupun ada duit simpanan tapi kalau hari-hari di gunakan akan habis jugak.
Bukit kalau di tarah hari-hari pun leh jadi gondol inikan pulak duiiiiiittt !!!

Mak pun tentu tak sanggup nak tengok muka cucu-cucunya dalam kesusahan.
Anak menantunya juga terpaksa hidup susah untuk menyara hidup tanpa si suami..

kepada kawan-kawan di luar sana yang tak bekerja tu... pandai-pandailah buat simpanan sendiri... jangan terlalu selesa dengan kehidupan sekarang..... kalau ada simpanan sendiri kita ada jaminan untuk meneruskan kehidupan  baru tanpa si suami.
Banyak pengalaman kaum hawa di luar sana boleh di jadikan pengajaran.
Fikirkanlah......  nasib kita tak selalunya baik dan jodoh tak kesemuanya berkekalan !!


CN :  Siapkan payung sebelum hujan tapi pastikan jugak payung ko tu tak bocor sana ,sini dan sinunnnn !!


SALAM UKHWAH:

11 comments:

Encik Suami said...

betul kata mak.
at least gaji tue duit utk awak beli apa yg awak nak.
klu dok umah..maybe bosan kan?

hey org senawang..ada perasan tak kat trafic light yg ada shell ada sebuah kedai jual buah-buahan. dekat situ ada 7eleven skali.perasan tak?

kella said...

kata ibu dengar selalu... :)

hai selamat petang.. sihat ke?

CT NoArIzAh ArIs said...

EN SUAMI....ya dh tentulah perasan hari2 lalu situ, knapa ?

CT NoArIzAh ArIs said...

KELLA.... slmat ptg setakat ni masih sihat.. hehe!!

Citarasa Rinduan said...

ct--
ayu pun sokong 100% kata 2 mak kamu..
memang betul tu...
so, kena sediakan payung sebelum ribut......

thanks atas pengkongsian yang baik

b l O g g e r g i r l said...

adik beradik kita sama 7 orang, tp saya semua perempuan..

CT NoArIzAh ArIs said...

CR... tulahkan setiap apa yg org tua ckp tu ada byk kebaikkannya... maklumlah dh lbh mkn garam.

CT NoArIzAh ArIs said...

BLOGGERGIRL... Waahh meriah dgn anak perempuan mak kamu ya !!

Encik Suami said...

kedai buah-buahan tue kedai abg saya.
dia meniaga kat situ.dah lama dah.

misza said...

sokong dua ratus peratus kata² mak tu. kalau pun jodoh panjang sampai akhir hayat, bila kita keje sendiri nak beli apa² senang. tak yah nak mintak².
adik beradik saya pun 7 orang. 4laki 3 perempuan.

CT NoArIzAh ArIs said...

MISZA... samalah kita adik beradik ramai ya, tapi sy yg sulung dan 2 lelaki 5 perempuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails