Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, March 2, 2011

Aku salute dengan lelaki-lelaki ini....



BLOGGER ADY BUDIKA



BLOGGER CIK MAT GEBU

Kenapa...???
Pasal mereka ini tahu memasak.

zaman sekarang dah ramai lelaki2 yang tahu memasak malah lebih pandai dari orang perempuan.
mereka berdua ini adalah diantara mereka2 yang ada blog dan tak malu pulak menayangkan hasil tangan mereka.... lagi hebat mereka sangat kreatif buat presentation !!!

memang bertuahlah mana-mana isteri yang dapat suami2 yang macam ni.
bukan kata nak ambil alih tugas isteri tetapi memasak adalah satu pengetahuan wajib yg perlu ada pada semua orang.
wanita itukan manusia... dan manusia tak lepas dari merasa sakit.

cubalah  bayangkan jika si isteri sakit tak lepas bangun atau pun duk spital berhari-hari sapa yang nak bagi anak-anak kat rumah makan.
kalau suami tu tahu memasak sekalipun makanan yg ringkas terisilah perut si kecil tapi kalau tak tahu apa2 nak bagi apa.... nasi bungkus... maggie... sampai bila ?

kalau ada lagi mak/mak mertua kira nasib baiklah  tapi kalau orang tua tu pun dah uzur atau dia pun ada komitmen lain... macammana?



ini adik ipar aku pandai gak masak pernah ajar aku wat lempeng maggie... errr ada sapa-sapa yg perkenan ??

(sorry dik ambil gambar tanpa keizinan nanti akak belanja makan pizza hut eekkk !!)


Setidak-tidaknya lelaki yang macam diatas nun dapat gak meringankan beban isteri yang rata2 sekarang ni bekerja  untuk membantu kewangan keluarga.
malah bila isteri sakit dapat gak merasa di manja2 kan dengan masakan hasil tangan suami..... bertambah eratlah hubungan kasih sayang suami dan isterikan..kan..kan !!!

tapi kalau suami tak tahu apa2 atau ego untuk ke dapur ?
alamatnya sakit2 terhenjut2 pun isteri gak le yang kena buat... dalam hati ALLAH ajelah yg tahu .
lebih sakit hati kalau suami yang tak pandai jaga hati dan menghargai susah payah isteri selama hidup dengannya.

si isteri sakit2 pun kedapur memasak... tapi si suami berasmara pulak dengan pompuan lain .
yg jenis macam ni elok bagi makan racun tikus jeee...
jgn bagi makan nasik  !!




Ini abah aku chef keluarga kami.


Abah aku jugak salah seorang yang pandai memasak.
dulu mak selalu masuk wad pasal tekanan darah tinggi yang teruk.
kat rumah tinggal kami dengan abah tapi kami tak pernah kebulur tak makan walaupun mak tak ada... nasi bungkus dengan maggie pun abah tak pernah hidangkan pada kami yg masih kecil dulu.
abah masakkan nasi dan gulai .

terjaga makan minum kami malah sarapan pagi kami sebelum kesekolah pun abah siapkan.
sebab itu mak tak perlu risau pasal makan minum kami kerana abah akan beri yang terbaik dari air tangannya sendiri bukannya dari kedai mamak !!

Tapi kalau mak sihat abah tak akan masuk dapur.
mak aje yang akan memasak setiap hari.
mana2 isteri yg dapat suami pandai memasak atau rajin ke dapur tu janganlah ambil kesempatan lak.
terutamanya wanita yang bekerjaya.
bukankah air tangan isteri itu lebih berkat ?


CN : bukan perlu jadi pakar tapi biarlah serba tahu .


SALAM UKHWAH


9 comments:

AdyBudika said...

err....saya baru belajar masak jer..errr....

CT NoArIzAh ArIs said...

ADY.. sekurang2nya kamu suka ambil tahu & x malu... teruskan baik utk diri sendiri jugakkan !!

Encik Suami said...

ai like dis statmen.
mmg ramai lelaki yg pandai memasak sekarang.
mmg sgt bertuah pada isteri yg dpt memiliki mereka.

CT NoArIzAh ArIs said...

EN SUAMI... TQ ini penghargaan utk lelaki2 sprti kamu yg pandai memasak... prmpuan2 sekrg kena senaraikan ini sbgai salah satu kriteria suami pilihan betul x ??

azlina said...

assalamualaikum ct...

sekarang ni org lelaki lebh cekap msk dari org perempuan jika ada org lelaki pandai memasak sdh tdk menghairankan...

CT NoArIzAh ArIs said...

AZLINA... wlmsalam...mmg betul tapi ada setengah2 masih ego lagi dgn kelakiannya... Nabi kita dulu pun selalu menolong isterinya.

kella said...

yesss... sukanya dengan entri ini.. mengingatkan kita lelaki lelaki hebat yang sekeliling kita.. :)

CT NoArIzAh ArIs said...

KELLA... hargailah lelaki hebat yg ada bersama kamu..hehe!!

Encik Suami said...

hidup berumahtangga..kene saling tolong menolong.
pada saya tak perlulah nak berkira pasal keje rumah..masing2 penat.sama2 keje cari rezeki.sbg suami..x salah kita tolong isteri buat keje rumah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails