Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, March 31, 2011

Jangan korang tak tahu ikan pun pandai memilih umpan tau !!


Kelapa, mauripan,pandan paste dan roti brand sedap,


Inilah dia bahan-bahan umpan pancing hubby aku yang buat aku berdua merayau malam semalam cari benda-benda ni...... siang tadi dia pergi memancing guna umpan dari bahan-bahan ni.... kalau korang tengok benda ni semua adalah bahan yg kita guna untuk masakan dan kuihkan ... tapi sekarang ni dah jadi resepi istimewa buat kaki-kaki pancing macam hubby aku ni !!





Ini pulak rupa perambut tali pancing dia... dia cakaplah perambut aku bukan tau pun benda2 ni semua... kalau bab pyrex, giacomo ke vintage ke tau le aku kannnn.... jgn korang tak tahu dia buat sendiri benda alah ni... melilit bagai nak rak dah macam menganyam ketupat lak aku tengok dahhhh !!!!



Yang ni aku bagi korang tengok siap ada batu ladungnya lagi dan dgn mata kailnya.... aku rasa mat-mat pancing kat alam siber ni mesti tahu dan arif punya benda2 ni semua !!



Haaa... ini pulak hasil yg dia dapat siang tadi
Ikan Tongsan seberat 3 kilo.
Mancing kat kolam bayar... ni aku tak tahu nak masak apa dengan ikan ni.... ikan yang beli kat pasar hari tu pun tak habis makan lagi ni datang lagi ikan fresh.
Dia tak ambil gambar lak kat kolam pancing sambil pegang ikan ni kalau tak leh gak aku showkan kat sini !!



Yang ni pulak umpan pancing jugak... member kat ofis aku yg sekepala dgn dia yg bagi tadi.
Ni kalau Cik Mat Gebu yg dapat ni dah jadi sebijik kek dah ni.

Tapi hubby aku tak buat kek dia buat ramuan istimewa untuk mangsa jorannya yg akan datang.
Yang sebelah kiri yg botol besar tu pandan paste... yang sebelah kanan tu pulak pandan coconut emulco dan botol kecik tu strawberry emulco... !!

Aku rasalah kan  kedai2 kek penuh dengan kaki-kaki pancing jelah yg beli barang2 ni semua bukannya lagi mak cik-mak cik atau chef-chef dapur kita gi dah.

Tu belum lagi termasuk bahan-bahan kek aku yg di culiknya dari esbok aku tu.... aku rasa yg di culik dalam diam tanpa pengetahuan aku pun banyak gak... patutlah bila aku nak buat kuih jee ada barang yg tak cukup rupanya hubby aku dah jadi chef untuk ikan kat kolam pancing tu pulak dah !!!


CN : Selama ni aku ingat manusia je tahu makan roti berjenama rupanya ikan pun pandai makan dah !!


SALAM UKHWAH

2 comments:

Kjee said...

sedapnya tongsan tangkap sendiri. syabas suami. ari tu kjee beli dalam 2 kg jer.

CT NoArIzAh ArIs said...

KJEE... Tima kasih kak..mmg sedap ikan tu fresh lagi tapi tulah bkn selalu atau senang dpt ikn tu nk senang g pasar je x yah duk lama2 kt kolam pancing .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails