Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, July 6, 2016

Sedondon di pagi syawal....selamat hariraya Aidilfitri.

Assalammualaikum....

Hari ini satu syawal hari kita meraikan kemenangan kita selepas satu bulan berpuasa.
Kami sekeluarga menunaikan  solat sunat hari raya di MASJID KARIAH AMAR PENGHULU,kg ulu klawang jelebu.
Masjid ni tempat aku adik beradik dan kawan2 belajar mengaji kecik2 dulu.
Al fatihah buat ALlahyarham atok maarof yang mengajar kami mengaji semoga rohnya di tempat di kalangan roh2 yang di rahmati berkat mengajar kami dulu.

Aku dan suami satu daerah dan kampung pun berdekatan.
Kg renal vs kg ulu klawang gituuu...
Bila raya tak payah nak poning2... Jimat toll dan masa.
Tak macam sesetengah yang lain selang setahun dapat salam tangan mak ayah.
Tapi kami Setiap tahun dapat bersalam dan mencium tangan ibubapa sendiri di pagi raya.
Malam raya dan pagi raya umah mak sendiri atau mertua kang lopeh solat sunat raya dah terpacul lak kat umah yang satu lagi.
Berkat jodoh dekat....syukur sangat di situ.

Setiap tahun raya kami sedondon.
Bila tengok orang lain pun sedondon rasa seronok sangat .
Ada sedondon hijau, biru, merah dan macam2 kaler.
Terasa sangat kemeriahannya.

Kepada semua yang datang berkunjung ke blog ini saya sebagai tuan tanah ingin berterima kasih dan memohon maaf sekiranya ada diantara tulisan yang buat kamu semua terasa hati.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails