Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, August 15, 2010

Salah motor ke salah budak tu ??

Ok...jangan terkejut hari ni pagi lagi dah update blog....pasal apa?

Pasal jap g aku nak balik kampung...petang ni ada sesi berbuka beramai-ramai dengan family aku di teratak ayahandabonda.
Tapi pagi ni aku nak cerita kisah petang semalam sewaktu ambil My prince kat sekolah.

Oleh kerana awal-awal lagi My hubby dah bagitau nak berbuka kat luar jadi aku ada banyak masa nak lepak-lepak dulu kat depan sekolah My prince tunggu dia keluar pukul 5.30 ptg. Paham-paham je lah kan petang-petang cam gini dah tentu berderet-deret kereta  dan motor ibubapa menunggu kat luar pagar sekolah tu termasuklah beberapa buah bas sekolah.

Bila budak-budak sekolah keluar kawasan jalanraya jadi terlalu sibuk dalam pada tu aku nampak beberapa orang budak main kejar-kejar di celah-celah kereta yg berhenti tu.Aku fikirkan kalau ada kereta yang bergerak dan tiba-tiba budak  tu berlari dah tentu jadi sesuatu yg buruk nanti.

Sangkaan aku memang tepat...depan mata aku , aku nampak seorang budak yang berlari mengejar kawannya terlanggar motor yang sedang bergerak. Budak tu jatuh terduduk atas jalan sementara lelaki remaja yang menunggang motor yg mengambil adiknya dari sekolah tu pulak sempat melompat berdiri walaupun motornya sendiri dah jatuh tersandar dekat bas yg ada kat situ....nasiblah bas tu belum bergerak lagi , adiknya terjatuh tapi  tak cedera.

Budak yang langgar motor BUKAN motor langgar budak !!

Pemandu bas dan beberapa orang lain menolong budak tu....aku tengok lelaki remaja yg menunggang motor bersama adiknya tu pandang budak sekolah tu macam nak di telannya hidup-hidup...kalau bapak budak yg bawa motor tu dah tentu budak sekolah tu makan penampar!

Bila My prince masuk dalam kereta aku terus beri amaran sekeras kerasnya kat dia dan di ulangi 3 kali!

"JANGAN BERLARI DI LUAR KAWASAN PAGAR SEKOLAH TERUTAMANYA DI JALANRAYA..PAHAAAM !!!"   

My prince jawab dengan muka tercengang " Paham umiiiii "

Sebagai ibu bapa jangan letakkan kesalahan 100% pada orang lain...kita kena tengok jugak kecuaian anak kita sendiri !!


CN : Fikir-fikirkanlah....

SALAM UKHWAH:

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails