Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, August 8, 2010

Ayam panggang menu hari minggu.




RESEPI AYAM PANGGANG

Seekor ayam sederhana besar( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia
2 ulas bawang putih
4  biji bawang kecil
1 sudu besar madu
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma
sedikit lada sulah
Rosemarry
*Aku gunakan ayam yang agak kecil saiznya jika guna ayam yang besar eloklah di tambah sukatan perencah tu supaya lebih terasa hasilnya nanti.


Caranya

1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan , lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam.

2. Masukkan ayam dan akhir sekali taburkan rempah kari , kurma dan Rosemarry gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam( aku perap semalaman) , bakar pada suhu 250 darjah selama 40 minit atau satu jam, (ikut oven masing-masing) angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

Ayam yang dah di perap semalaman siap sedia nak di masukkan ke dalam Ovenku!


   Tengah berposing-posing dalam Oven...Dah dekat nak masak dah ni!


CN: Kalau nak perah sedikit lemon atas ayam panggang ni pun boleh,Tapi aku gunakan limau kasturi pasal terlupa nak beli lemon aku sumbatkan 2 biji limau yg dah di belah dua dalam perut ayam tu,ok jugaklah ada rasa masam manisnya.


SALAM UKHWAH;

2 comments:

alinac lover said...

adoi..ni lemah ni tgk ayam..hahahha~

CT NoArIzAh ArIs said...

Apa lagi buatlah utuk berbuka nanti...senang je tu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails