Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, February 21, 2012

Pakcik itu...

Salam sejahteraa..!!
Selasa
21 Rabiul awal 1433H



Maaflah ya gambarnya enggak terang pasal aku curi-curi ambik gambar pakcik ni.


Kerap kali aku nampak pakcik ni berjalan kaki pulang dari kerja.
Aku rasa adalah dalam 2km dia berjalan dari kilang tempat kerjanya ke pekan senawang untuk menunggu bas.
Bagi orang tua seusianya memang agak jauh jarak perjalanan tu di tambahkan pulak cuaca petang yg panas ataupun kalau hujan lebat ketika itu.

Terfikir kat kepala otak aku ni ... ada anak ke dia?
Ataupun  hanya sebatang kara ?
Di mana rumahnya dan apa kerja yg di buatnya?

Kalau ada anak tak ada ke yg nak bantunya menghulurkan duit belanja bulanannya ?
Tak perlulah dia berjalan kaki perlahan - lahan seorang diri untuk mencari rezeki sesuap nasi.

Tetiba terfikir lagi....
Bagaimanalah nasib aku bila dah tua nanti yea ?
Macam pak cik tu ke atau lebih baik dari tu ke atau mungkin jugak lebih teruk dari pakcik tu.

Kena ingat jugak hidup ni  ibarat pusingan roda sekejap di atas sekejap di bawah.
Kalau hari ni hidup senang tak tahu senang ke atau susah bila dah tua nanti.
Kalau hari ni ramai orang sayang belum tentulah lagi sayang tu berpanjangan ke akhir hayat.
Kalau hari ni hidup selesa ada rumah ada kereta belum tentulah lagi semuanya tu akan berkekalan selamanya.

Tetiba teringat lak pulak nasib mak cik aku sekarang ni.
Hidup di rumah anak-anak terpaksa dia telan segala macam kesedihan , kecil hati dan sakit hati.

Sebenarnya kan semua yg kita nampak di hadapan mata kita hari ini samaada pak cik yg tak di kenali atau jugak nasib mak cik aku sekarang ni adalah renungan buat kita semua agar selalu beringat-ingat bahawa hidup ini tak selalunya indah-indah.

Untung sabut sok timbullah tapi kok untung batu teruslah tenggelam tak timbul-timbul dah.
Korang leh faham tak apa kisah tauladan yg cuba aku sampaikan dalam entry aku kali ni ?

SALAM UKHWAH

6 comments:

eima-caa said...

Salam..

kat kajang ni pulak setiap kali nak pegi kje nmpk pcik india ni kayuh beskal nak ke kl..mmg kental sguh dia,..bayangkn dia tpaksa bsesak2 dgn kete n moto caused of jammed..
part sedih bile time hujan pagi2..dia pakai plastik putih terus kayuh basikal dia..touching tgk dia..kdg2 kalo tak nmpk dia terfikir sakit ke dia....

yes..hidup ibarat roda..n bila kita diatas y not kita sentiasa pandang ke bwh mbantu apa yg mampu..

CT NoArIzAh ArIs said...

EIMA-CAA... Wlkmsalam..

Kamu dan sy sama2 melihat yg realiti tapi berbeza situasi mgkin itu cara ALLAH nak tunjuk kat kita agar kita sentiasa berfikir dan bersyukur dgn apa yg ada ... yg pentingnya jgn cepat lupa diri jika hidup sedikit selesa dr org lain.:)

ariana said...

Hidup selesa hari ini bukan jaminan kesenangan dihari esok..semuanya hanay allah yg tahu, namun bkn bermakna kita berserah semata kpd allah..usaha dan berdoa juga perlu..didik jg ank2 kita agar tahu membalas jasa ibubapanya kelak..

nabilah_2908 said...

kt tempat sy pun ada org yg macam ni..tp lelaki cina...

pakcik cina ni sejak sy form 3 lagi..pagi2 pergi sekolah naik basikal..mesti berselisih dgn dia....

sampai lah ke hari ni...sy dah 26 tahun....dia masih berjalan kaki ke tempat kerja... kalau masuk acara lumba lari...boleh menang kot...huhu...

CT NoArIzAh ArIs said...

ARIANA..betul kak itulah yg sy ajar dan tunjukkan pd mereka sekrg dgn cara menjaga dan menziarahi kedua org tua di kg setiap bulan.

CT NoArIzAh ArIs said...

NABILAH...semoga nasib kita di hari tua nanti lebih baik dr mereka2 tu...Aminnn !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails