Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, October 14, 2014

Dari pulut transform ke seri muka.

Assalamualaikum....



Ini kejadian hari minggu sebenarnya.
Pagi tu aku buat sarapan pulut cicah dengan sambal sardin.
Permintaan my hubby kalau ikut tekak aku ni sambal tumis bilis pun dah ok dah.
Di sebabkan dah lama tak Masak pulut ni aku Masak satu put setengah jelah.
Aku gunakan tin susu buat sukat beras kalau Masak nasi Kat umah ni.
Bila dah Masak aku tengok cam sikit jeeee....macam tak cukup jeee...
Okey tambah lagi 2 put beras pulut tanak lagi.


Lunch hari tu aku tak Masak apa2 Sebab pulut banyak lagi .
Rakyat jelAta dalam umah tu pun kekenyangan.
Aku lak sibuk menjahit so memang tak ke dapur le tengahari tu.
Sampai ke petang tengok pulut tu masih ada lagi.
Tak kan malam pun nak makan pulut kotttt.
Mau laki aku transform jadi transformer lak kang.



Pikir punya pikir tak mau membazir aku pun jadikan pulut tu seri muka.
Nak buat lopes air gula memang dah ada dah tapi hubby aku tu Maleh ke Kodai boli kelapa parut.
Aku lagi lah malas kang nak mengentel pulut lak lagi nak ke Kodai lagi.
Jadi Kita ubahkanlah lah kejadiannya ke seri muka.



Dah lama benau tak buat kuih ni tu Yg takut jadi lain je.
Tapi Nasib baik le menjadi Elok je rupa kejadiannya.
Cuma Bahagian atas tu agak keras sikit Kat citarasa aku...aku Lebih suka dia lembik2 sikit.
Tak pe lenkali aku buat kasi kurang sikit sukatan tepungnya.
Kena try and error sampai Dapat serupa macam Yg aku nak.
Kita buat ikut anak tekak Kita le kan ...Kita Yg nak makan.


Yang penting sekali hari tu takdo pembaziran dan tak ado Yg masuk tong sampah.
 Bila makan berseri seri je muka , idok le nak muncung  jeee....:D






1 comment:

Butik GebuGebu said...

Sedapnya..suka kuih seri muka homemade =)

http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/6-tips-mengatasi-mabuk-perjalanan.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails