Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, October 3, 2014

Mangga muda vs cempedak goreng.

Assalamualaikum...



Ni kisah 2 minggu lepas.
Pokok mangga ni ada Kat sebelah umah Napie dalam kawasan umah mak aku gak.
Lebat buahnya , Dulu sebelum ada umah Napie tu tak nak berubah.
Sekarang ni lebat buahnya.
Aku bukannya pencinta asam macam an.
Leh kecur air liur aku tengok mangga muda ni.
Ni an ambik banyak2 atas pokok dan kipas kulitnya.
Nak buat jeruk.


Dapatlah beberapa botol jeruk mangga hasil kutipan ann dan suaminya din.
Aku Dapat sobotol yang lain2 pun Dapat sebotol.



Ni lak cempedak yang abah bagi untuk aku bawak balik.
Pokok cempedak ni Kat belakang umah yah yang baru je siap beberapa bulan lepas.
Sekarang ni rajin lak berbuah sebelum ni Kita tengok pokok dia je Yg makin tinggi.
Agaknya Sebab akarnya dah di gali2 masa nak buat umah yah tu Yg buat pokok ni berbuah dia fikir nak kono tobang kottt.
Lebat buah2nya puas lah kitorang makan cempedak sekarang ni.



2 tahun lepas aku kerumah kawan aku dia goreng cempedak manis sangat.
Zura adik ipar aku sampai terkenang2 rasanya ...rupanya dia dah start pregnant time tu.
Aku peram buah cempedak yang abah aku bagi sampai dia betul2 Masak dan isinya ber jus.
Bila dah macam tu baru sodap di goreng dan rasanya cukup manis macam cempedak goreng umah member aku Kat JB tu Dulu.
Okeyyyy itu rahsianya kalau nak cempedak goreng Yg manis ber jus tau!!

Sekarang aku dah tau macam mana nak Dapat cempedak goreng Yg cukup manis.
Peram buah tu sampai betul2 Masak barulah terasa kesedapannya bila di goreng.
Tak delah cam cempedak goreng Kat tepi jalan tu Yg tebal tepung tapi isinya tak berapa nak manis.


Bekal aku bawak pergi ofis.
Nyummmm.... Inilah Yg Kita Dapat bila berbudi pada tanah.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH KORBAN BUAT  SEMUA PEMBACA BLOG RKTS......Salam hormat Dari saya :))


.

1 comment:

ummi aqilah (LM) said...

LM balik rumah kat segamat tu tgh lebat mangga dpn umah. Lelaju kutip sblm org lain curik. Hahaha... Mangga muda bkn senang nk carik yg best. Selalu dpt yg sgt masam:(

Mak aii besarnya ulas cempedak tu. berbaloi mkn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails