Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, September 18, 2014

Aktiviti cucu atuk.

OAsalamualaikum .....



Aktiviti anak bujang aku petang ahad 14 September.
Lepas kenyang makan ayam kampung masak lomak cili api tengah hari tu Meh kita keluarkan Balik segala tok nenek kalori yg dh masuk dalam badan tu.
Akuarium ni pak cu a.k.a adik ipar aku bawak dari rumahnya sebab tak di gunakan.
Daripada tersadai jadi tukun dia bawak Balik umah mak aku kununnya nak bela ikan dalam tu.
Mak aku nak letak ikan puyu banyak2 dia dah order ikan tu kat penjual ikan kat pasar klawang .



Lepas angkat akuarium mereka berdua turun lak ke kolam abah aku ni.
Seronok sangat anak aku dapat gali sendiri kolam atuknya.
Hari2 memekak kat telinga aku nak Balik kampung tolong atuk.
Nahhh tolong lah sangat...gali kolam tu sampai siap.
Keja aku duk atas batang kelapa jadi mandur dia lak.
Mula mula tu dia gali kat tepi tebing tu je.
Sekali aku saund " apa barang gali kat topi tak macam anak jantan lahhh "


Seumur hidup tak pernah jejak lumpur .
Sekali dapat pijak teruja betul dia.
Dalam suka2 tu rasa geli geleman Pulak.
Ada ke nak di bawaknya selipar masuk dalam selut tu....kok tinggal terus selipar dalam tu kang.


Okey dah berani dah ...tu pun bila tengok pak cunya selamba jeee masuk dalam tu.



Bertungkus lumus dyorang berdua tu menyiapkan kan kolam abah aku.
Di sebabkan kawasan ni dulu tanah sawah jadi memang berair je bahagian bawahnya.
Gali kejap je air dah banyak dah.
Sekurang2 nya usaha abah aku ni buatkan tempat ni meriah semula.
Kalau tak kerana kolam kecil ni tak ada sapa yg nak turun ke bawah ni ....selama2 nya lah semak belukar tanah sawah mak aku tu.
Bila dah ada ayam ada lak kolam ikan main main semua tertumpu kat sini.
Time ni barulah aku sedar besar rupanya tanah mak aku..haha..


Kecil je kolam ni ....Abah nak masukkan ikan talapia dalam tu nanti.
Lum siap sepenuhnya masih perlu di gali hingga dalam.
Kat tengah tu adik aku shilla nak buat pulau jadi tanah tu saja di tinggalkan sedikit.


Disebabkan aku post gambar anak aku gali kolam dalam Facebook terus aku dapat penyakit petang tu.
Penyakitnya kono jomput kanak kanak rebena dua orang ni.
Leh Pulak dia terbaca post aku petang tu terus telefon menjerit2 Mintak aku ambik dyorang kat puncak jalil tu.
Mula2 tak sanggup aku nak ngambiknya pasal hari dah petang sangat.
Tapi ingatkan dyorang ni kesian Pulak dah lah umah mencecah awan ada kampung susah nak Balik mak ayah bekerja.
Sudahnya aku nekad je drive dari kg ulu klawang tu pukul 6.30 petang sampai umah ann kat seri kembangan tu pukul 7.45 malam.
Di sebabkan mata aku ni problemnya silau Kenalah hangkut adik aku yah dengan shilla sekali.
Kalau apa2 kang ado backup driver.
Aku  pesan awal2 suruh dyorang siap aku tak leh lepak lama2 dah lah hari dah malam.
Singgah sekejap solat je pukul 8.15 gerak balik Dari puncak jalil tu terus ke umah mak aku .
Sampai dalam 9.30 malam  ke jelebu.

Satu kejayaan terbesar bagi dua orang anak buah aku ni dania dan asyraf kerana berjaya menghasut mak long jemput dyorang malam2 buta bawak lari ke kampung.
Tersenyum bersimpul simpul lah pulak Omak ea kannnnn.....


5 comments:

Nurul Faiz said...

salam perkenalan..
CF follow sini dan anda ditag http://cikgufaizcute.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

Nora Karim said...

Seronoknya buat kolam... siap ada pulau... kelas....!!! Hehehe

Ct NoArizah Aris said...

NURUL...tq sudi tag sy ni...huhu..nnti sy buat ye lambat sikit x pe ya...:))

Ct NoArizah Aris said...

NORA...haha pulau ulu klawang Namo eaa..

Ct NoArizah Aris said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails