Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, January 31, 2014

Medical check-up di mawar renal hospital.

Assalamualaikum...


Semalam khamis 30 January company dah start cuti tahun baru cina dah.
Maklum je lah bekerja dengan company Yg 100% Nya adalah share Chinese bermakna cuti perayaannya awallah kannn.
Rabu minggu depan baru company beroperasi semua.


Semalam aku ambik kesempatan cuti tu untuk buat medical check up .
Medical check up Ini khas untuk executive staff di atas tanggungan company sepenuhnya.
Dulu malas aku nak buat ni semua tapi sekarang bila usia dah hampir 4 series ni wajiblah buatkan.
Kang sonyap2 Jo bertapa penyakit dalam badan lagipun free je tak kan nak lepas kan peluang kottt.

Buat check up Kat panel  kami di mawar medical center hospital.
 person incharge company dh buat appoinment jadi cepat lah sikit urusan aku tu.

Memula kena ambik urine test Dulu pastu ambik darah pastu buat x-Ray.
Ha time x-ray ni Yg kelakarnya boleh lak dyorang kurung aku dalam bilik tu sorang2.
Buat x-Ray Kenalah bukak Baju Segala termasuklah tudung klau tak tak nampak le rupa paru2 aku tu.
Time aku tengah pakai Baju dan segala mak nenek dalam bilik salin Baju tu 2 org staf tu pun kluar dan tak sedar aku ada Kat dalam tu lagi.
Bila dah siap aku tengok dalam bilik tu sorang umat pun tak de lagi pintu dah berkunci.
Aku Cuba pusing2 tombol tu tapi tak boleh buka engsel pun tak boleh gak.

Hahhh sudah Dulu dah terkunci dalam bilik air umah adik aku semalam terkunci lak dalam bilik x-Ray spital.






Nasib baik le ada staf Kat luar tu terdengar aku pusing tombol pintu tu Dapat le kluar klau tak satu Hal lak aku nak kena tepon polis.













Lepas terkurung dyorang  belanja aku minum kopi....kopi koner tu dh siap dengan kuih dan biskut memang dah terse dia Kat situ untuk patient.
Maklumlah jelahhh hospital SWASTA kannn klau gomen tu Adokoooo ?
Nan adooo  okkkk.:(

Nasib le aku pose Dari malam tu sampai lah ke pagi.
Klau tak sia-sia je lah ambik darah kannn .
Tapi aku tak suka lah kopi bancuh dgn krimer ni tak sodapppp.
Yang menyihatkan memang selalu tak sodapkannn.
Kopi super power aku gak Yg best tp dek Porot den dah kebulur Dari subuh2 tadi licin gak lah kopi dengan popia tu.
Lagi lagi bondo preeee...hahaha...

Pastu gi buat C&G lak, timbang berat, ukur tinggi , check mata, blood pressure .
Last sekaliiii jumpa doctor.
Result mereka Akan hantar terus ke office.
Tu Yg tak bestnya org Len pun leh tau apo result ya kannn.
Lain le klau Kita kluar wit sendiri result pun Kita sendiri je Yg tau.
Keseluruhan pakej tu company aku bayar duo ratus hinggit untuk setiap executive.

1 comment:

Kakzakie said...

Tapi kakak rasa medical check-up biasa lebih dari 200 CT. Untung kalau ada peruntukan dari sykt. Tempat kakak tak ada pun kena bayar sendiri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails