Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, November 12, 2010

Bulan ini bulan Zulhijjah.

Salam jumaat hari penghulu hari.....


Kedatangan Zulhijjah janganlah disia-siakan terutama bagi kita yang tidak berpeluang untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W telah memberitahu kita bagaimana kelebihan bulan Zulhijjah terutama sepuluh hari pertama, hari-hari tasyriq dan lebih utama ialah hari Arafah.

Kita digalakkan untuk berpuasa, berzikir dan melakukan segala amalan soleh yang lain. Zulhijjah juga memberi peringatan kepada kita bahawa akan berlalunya tahun bersama bertambahnya umur kita dan semakin hampir kematian kita. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan menambahkan bekalan akhirat kita.

Pesan ulama' bahawa orang yang paling cerdik ialah mereka yang menyediakan bekalan untuk hari-hari selepas matinya dan orang yang paling bodoh ialah mereka yang berseronok mengumpul habuan untuk hari yang pasti akan ditinggalkannya tanpa mempedulikan hari akhiratnya.

Di sini dinukilkan 2 hadis yang memberitahu kita mengenai kelebihan sepuluh hari pertama Zuljjjah dan fadhilat berpuasa pada hari Arafah.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi.

Disebut oleh imam Sayuti - Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi


SALAM UKHWAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails