Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, November 7, 2010

Si MIMIE hilang.....!!!

MIMIE....ini nama anak kucing aku bukan nama anak aku..oookkkkk!!!

Lepas maghrib tadi si MIMIE ni melarikan diri......eehh betul kee ??

Tak tahu lah apahalnya mungkin dia main-main kat luar rumah lepas tu keluar pagar dan tak jumpa jalan balik......dah lah My Prince macam orang hilang anak......mencari ke hulu hilir....mengiow-ngiow dah jadi macam kucing jantan pulak anak aku  dah!!

Bila di panggil-panggil kucing tu tak muncul-muncul.....dah menangis-nangis lak anak bujang aku.....anak kucing kesayangannya dah hilang.....aku tak boleh tengok betullah anak aku ni nangis dah aku pulak yang nak nangis sama.....sebelum orang tua menangis yang lebih buruk rupanya lebih baik aku cepat-cepat masak dan pergi cari anak kucing tu.

Jangan kau orang tak tahu dalam hujan-hujan tu aku tiga beranak cari si MIMIE.....haa hambik kau dari aku sibuk2 dulu pujuk My Prince hantar balik anak kucing tu ke kampung aku jugak yang sibuk mencarinya hari ni.....kesian lak aku nasib si MIMIE dalam hujan-hujan ni!!

Dah merata rumah orang sampai dalam longkang pun tak ada....rupa-rupanya MIMIE duduk bawah kereta jiran sebelah rumah aku tuu....nasib baik juga dia dah pakai loceng jadi kami boleh dengar bunyi locengnya.....MIMIE berlari datang kepada My Prince rupanya dia dah lapar......TENGOOOKK anak kucing ni pun dah tau kami sayang kat dia!!

Nasib baiklah jumpa baliiiikkk......kalau tidaaakkk.....adalah orang yang mengigau mengiow-ngiow tengah-tengah malam ni kang !!!


CN: Aku rasa macam anak aku lak yang hilang !!

SALAM UKHWAH:

2 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam
sangat comel si mimie tu....
sangat-sangat comel.......

CT NoArIzAh ArIs said...

TQ rahayu...tau x knpa sy dh blh suka kt dia....pasal dia tahu nk buang kt dlm "tandas" dia sendiri dan x membuang merata-rata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails