Sepatutnya hari ni aku kerja.....macam biasa naik ke ofis tak boleh masuk pulaaaaakkk!!!
Kat Marketing Department tu kontraktor buat renovation untuk besarkan ofis yang sedia ada ni.......semua jalan dia orang blok...tutup dengan kanvas dari syiling sampai ke lantai......pintu nak ke bilik traning tu pulak dah di pasangkan dinding......haaa macam mana aku nak masuuukk ??
Ada pintu belakang untuk aku ikut...TAPIIIII pintu tu di pasang engsel dari dalam maknanya boleh bukak dari dalam sahaja dari luar tak boleh bukak walaupun ada kunci !!!
Aku nak salah kan orang-orang kat HR tu....tak beritahu awal-awal nak buat renovation.....mereka selalu lupa department aku ada kerja hari sabtu dan jalan di Marketing itu adalah laluan utama kami...mentang-mentang HR department tak kerja hari sabtu kenalah fikir nasib staff yang lain.....dah selalu sangat buat macam ni.....dulu buat renovation kat Marketing Department pun kena gak macam ni!!
Tak pasal-pasal aku terpaksa ambil cuti emergency hari ni......macammana nak kerja kalau tak boleh masuk ofis sendiri....tak kan aku nak berlegar ke hulu-hilir kat situ macam orang gila.....dah rabak cuti aku sehari....dah lah aku tak ada planning nak ke mana-mana....jawabnya duk menung kat rumah ajelah....TIDAKKAH ITU MEMBOSANKAN DAN MENYAKITKAN HATIIIIII !!!.
Kalau awal-awal tahu macam ni tak payah susah-susah aku bangun pagi-pagi......aku siap masak lagi untuk anak-anak aku kat rumah ni......aku pun leh balik kampung dan duk sana 2 hari dari semalam.
Sewellah HR DEPARTMENT ni !!!
CN : Aku harap mereka-mereka yg berkenaan akan baca luahan hati nurani aku ni!!
SALAM UKHWAH:
No comments:
Post a Comment