Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, April 6, 2014

Uncle jack.

Assalamualaikum ...




Kali pertama aku ternampak kewujudan restoran uncle jack dlm pasaraya giant senawang ni aku rasa macam tak best jeeee food dia.
Pastu orang macam tak ramai jee Yg makan Kat situ.
Tempat tu lenggang aku fikir apa ke hal lah ko bukak tempat makan ala ala kepce kt dalam ni .
Tak do orang pun nak singgah makan macam tak laku je ayam Pak cik jack ni.




Sampailah aku di hasut Kat ank bujang aku ni berkali kali ajak aku makan Kat sini.
Katanya " kawan mey kata sedap miii...kawan mey dh selalu g makan Kat sana...siap eskrim lagi ada sup.. Jomlah ummi belanja mey makan ayam uncle jack tuu"
Di sebabkan jarum Yg di gunanya cukup tajam untuk mencucuk aku maka termasuklah gak lah aku ke sana .


Tak sangka begini ramai Yg beratur tggu giliran.
Aku kena beratur pun dekat spoloh minit gak pasal ada sorang akak tu bungkus dekat 10 pack nak bawak balik kendurikan ayam tu Kat rumah agaknya.
Aku dh rasa nak balik je dah dek lengguhnya kaki beratur lama2 tapi dek kesiankan anak bujang aku tu makanya ku gagahi jugak lah kaki ku Ini berbaris dgn dyorang semua.

Sepatutnya dyorang bukak satu g kaunter Yg khas utk menapau saja mcm Pizza Hut tu.
Bila di asingkan  kaunter tu x dolah org Yg dah kebuluran Nk makan Kat situ tggu lama sangatkan.
Bab servis  agak slow tapi taste hidangan excellent ... Ini pendapat dan pengalaman aku Yg sakit hati menunggu sambil berdiri lama sangat ari tu.
Dah lah ujung minggu gerenti ramai Yg serbu Kat sini lepas penat mencari barang kt dalam giant tu.




Yg ni aku tapau bawak balik pasal dh dekat Maghrib malas Nk duk lama2 Kat situ setakat temankan si bujang je Yg sibuk nak mkn Kat dalam tu jugak.


Ini set biasa Yg aku ambik .
Dalam set ni x do karipap Yg korang nampak tu aku  order karipap asing2.
Sebungkus nasi , satu mangkuk sup, SOS cili dan duo kotul ayam goreng ala2 kepce tu.
Nilainya 5 hinggit termasuklah secawan air bikarbonat berperisa pilihan korang sendiri.
Ada gak set mcm ni cuma seketul ayam je hanya 3.50rm klau aku tak silap.
Ada gak set chicken chop serta set kanak2 serta kuih karipap .
Kiranya ok gak lah kesedapannya harga pun tak mahal...karipap pun sodap.

Tulahhkan tak kenal maka tak cinta.
Dah makan terus aku terjebak nak makan Kat sini lagi.
Rasanya kepce Kat luar giant tu leh le bersiap sedia dengan persaingan sengit ayam encik jack ni.





2 comments:

Bieaz said...

hahaha terjebak juga akhirnya...siap dengan tapau sekali.
dah ada pesaing lah lepas nie hope durang punya service tak slow nanti tak pasal2 pelanggan lari pulak. kaki mana tak jenuh tunggu lama2.

Ct NoArizah Aris said...

Bieaz...betul tu service pun penting jugak kan. :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails