Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, April 26, 2014

Menu tengahari Sabtu...

Asalamualaikum....


Sekejap tadi terbaca dalam blog kakcik seroja .
Dia masak seawal pagi di hari cuti.
Tapi aku hari kerja kena masak seawal pagi untuk bawa bekal ke ofis dan lunch anak2 di rumah.
Bila hari cuti ni aku masak tengahari pasal dah buat breakfast berat pagi tadi.


Aku baru jeeeee masak gulai sardin ni tadi.
Dah lunch pun alhamdulillah.
Di sebabkan aku terlampau suka dengan bau daun kesum dan ada banyak Pulak lebih aku buat asam pedas hari tu makanya hari ni aku letak daun kesum dalam gulai sardin ni.
Ado ko di buek kat orang?
Tak kisah le kannnn janji leh makan dan tak mabuk pun.
Tapi bau kesum tu lebih harum buat masak asam pedas dari masak gulai macam ni.



Membernya adalah ini kentang wedges +Tempe+suhun+kicap.
Ni semua nak mengabihkan Stock kat dapur ni sebelum beli yang baru esok.



Ni pinggan en suami aku tu.
Dia makan memang pelik dari orang lain nasi+ lauk+kuew teow goreng sarapan pagi tadi.
Aku tak leh masuk kalau makan macam ni mesti nak asing2 kan.



Hari ni masak sikit lebih kurang jeee untuk lunch saja .
Malam ni aku dan adik beradik aku yang lain nak dinner seafood kat bagan lalang.
Soooo tak payah membazir masak berbanyak sampai ke malam.
Tekak aku ni dah melambai2 je nak makan Butter prawn malam kang.

Bagan lalang tunggu lah aku datang !!

2 comments:

Acik Erna said...

Jauh nak poie dinner tu ct.

Ct NoArizah Aris said...

Acik erna...sesekali tukar angin..hihi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails