Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, December 3, 2010

Renungan muslimin muslimat.

Salam Jumaat hari penghulu hari....


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

  

Dari Abi Umamah ra berkata: Rasulullah bersabda, 

"Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, dia duduk dalam keampunan (diampunkan dosa-dosanya)." (HR Ahmad)

 

Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; 

"Kalau memakai kasut, pasang yang kanan terlebih dahulu tetapi kalau membukanya yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang mula dipasang dan yang terakhir dibuka." (Sahih Bukhari)

  

Nabi saw bersabda yang maksudnya :

Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya. (HR Muslim) 

 

SALAM UKHWAH:

 

 

 

 

 

 

2 comments:

Sephi Sephia said...

Salam

Terima kasih atas perkongsian. Dan menyampaikan sepotong ayat itu adalah sunnah. Semoga Allah merahmatimu.

=)

ct noarizah said...

SEPHI...T/kasih ats doa kamu...salah satu niat sy berblog adalah berkongsi yg baik-baik sesama kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails