Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, December 7, 2010

Kejadian di Sg Congkak.....tempat rakaman cerita seram CONGKAK tuu!!

Lokasi : Sg Congkak,Ulu Langat.
Hari     : Ahad - 5 Dec 2010


Seperti yang aku janjikan di sini ( LINK ).....aku akan tunjukkan gambar-gambar sewaktu perkelahan di Sg  Congkak tempoh hari...Sebenarnya kami nak celebrate birthday MY PRINCESS yg ke 13 thn hari tu...sambil makan-makan,rehat-rehat leh jugak budak-budak mandi sungai.....maklumlah kebanyakkan sungai sekarang ni dah tercemar termasuklah kat kampung aku.

Aku di fahamkan rakaman filem congkak tu di belakang chalet yang aku sewa ni....kawasannya lagi cantik.....tapi aku tak sempat nak ke belakang tu dah penat melayan macam2 karenah .....okkk layan gambar-gambar kat bawah ni..>>>



Birthday girl sedang potong kek.....kek coklate Aiskrim di taja oleh secret recipe dan di sponsor oleh mak cu nya.....adalah pulak nama aku & hubby kat kek tu pulak !!







Kami buat ayam BBQ , Spaghethi bolognese,dadih mangga,dadih strawbery dan bubur jagung......tapi dadih strawbery dan bubur jagung aku terlupa nak ambil gambar.


Ini tukang bakar ayam dengan sosej...kesian tak dapat berendam awal pasal kena bakar ayam!!



 Abah aku bersantai sampai baca surat khabar....senang hati betul pak aji ni kan!!

Kanak-kanak ribena yang tak sabar-sabar nak mandi sungai...sampai-sampai je terus terjun dalam air.


 Lokasi tempat kejadian yang merehatkan minda dan badan....chalet kat belakang tu aku sewa $40.00 dari pagi sampai petang...cuma ada satu bilik tidur dan satu bilik mandi & tandas....chalet2 kat sini semuanya mengadap sungai.

 Tolong menolong amalan mulia.....sekali kau tergelincir semua yang kat bawah batu tu pun terendam sama.


Ibu-ibu mithali menemani anak-anak mandi....rasa-rasanya ibu tu yang lebih mandi dari anaknya !!

My Prince dan Princess yang sangat suka main air....jarang dapat mandi sungai selalu jumpa air laut je kan!


 Giliran kaum bapa pula mandi dan melayan anak-anak yang tak reti-reti nak naik dari sungai tu!!

 

Kau orang tak payahlah nak cari cari aku dalam gambar ni....tak ada kerjanya aku nak berendam sekali dengan dia orang ni pasal kecik-kecik dulu aku dah puas berendam dalam sungai........hahaha!!!

Hadiah-hadiah yang PRINCESS dapat yang buat PRINCE aku bengkak hati dan tension...( hr jadi kau dah lepaslah diiiik!! )

Ok..ini aje gambar yang terlarat aku nak edit....yang lain-lain tu tak payahlah eekk.....penat nak mengedit dan upload ni......kalau kau orang semua teringin nak ke sana silakanlah...sungainya bersih dan lokasi pun puas hati untuk berkumpul sekeluarga.....pasni aku nak pergi sungai gabai lak....adik aku kata tempat tu ok gak....kalau pergi aku bagi korang tengok gambar lagi yea!!

CN : Setinggi2 perhargaan dan ucapan terima kasih buat adik-adik aku yang merancangkan majlis hari jadi  My Princess ini!!


SALAM UKHWAH:




5 comments:

ieda said...

seram jugak bila dgr kisah sg congkak tuu .. ermm kalau akak ada x senang duduk dikkk
tapi tempat dia cantik kann :)

AiMaN said...

selepas cara periksa "dara"..skrg petua periksa "teruna"...jom la tengok..cucu lelaki jgn marah ye..

http://petuakitasemua.blogspot.com/2010/12/petua-mengenali-teruna-part-1.html

CT NoArIzAh ArIs said...

KAK IEDA....Tempatnya memang cantik yg penting air sungai dan kawasannya masih bersih & tak tercemar....sebelum pergi memang sy rasa seram tapi bila dah ada kat situ tak ingat apa2 dah...kalau bermalam kat situ mungkinlah kot rasa takut!

CT NoArIzAh ArIs said...

AIMAN....oklah sy nak tau gak camna nak periksa teruna ni....sok2 nak pilih calon menantu kan!

adam umland said...

apa nama chalet tu.. saya nak cuba..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails