Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, May 14, 2012

Blueberry muffin di hari ibu.

Salam Sejahteraaa..
Isnin
22 J'akhir 1433H


Pagi ni aku rasa kepala aku berat je dah macam orang tertelan dadah lak gamaknya.
Kalau ikutkan hati mau je sambung tido tak yah g kerja.
Malam tadi aku telan pil alahan sebiji pasal aku alergik dgn makanan seafod ni tapi sebelum ni tak pulak macam ni hari lak yg terasa bebal semacam jeee.

Hari ni aku kena wat kerja cepat2 sikit pasal esok aku dah start cuti 3 hari nak bawak mak/abah aku ke Uitm Arau,perlis untuk hadiri majlis konvokesyen  adik aku shilla.
Sebelum tu aku nak berstory mory dulu kat dulu sini pasal hari ibu .



Ini muffin blueberry.
Pagi semalam masa aku tengah membungkang atas katil anak dara dgn anak bujang aku tu berkeluntang kelentung kat dapur aku tu untuk siapkan muffin ni.
Aku bangun-bangun je dari tido muffin dah siap duk dalam oven dah.
Walaupun tak mengunung tinggi tapi okeylah buat budak2 yg baru nak belajar ber-muffin kan.




Muffin ni Princess beli tepung muffin yang dah ready made kat kedai bakery tu cuma tinggal tambah telur dan sedikit air je....jadi tak dapeklah den nak berkongsi resepinya kat sini yo !!
Tepung ready made macam ni sesuailah untuk budak-budak dan jugak mak-mak budak yang baru nak belajar2 buat muffin sendiri.
Tak payah pening kapla hotak nak sukat menyukat bagai.



Rasanya pun cukup elok tak le manis sangat kat tekak aku ni.
Kejadian selepas di bakar pun cantik.
Terima kasihlah buat anak dara dan anak bujang aku yang berdua tu..... susah2 je siapkan breakfast ummi.... buat le selalu cam ni yo leh omak ko ni bangun lambat tiap2 hari minggu...hehehe!!



Dalam banyak2 tu ada gak yang tersentil keluar cam gambar ni  haa !!





Okeyyy...gambar ni aku copy dari FB.... Kak jee yang postkan..asal gambar ni dari blog house PK.
Korang tengok gambar ni apa yg korang rasa ?
Tentulah terharu tengok si anak kecik tu sanggup sudukan ibunya yg cacat untuk makan kan ?
Tahukah korang sewaktu ibu2 di seluruh dunia gembira menerima hadiah, ucapan dan makan di restoran2 mewah yang di bawa oleh anak2 mereka ada seorang ibu tua sedang menangis kesedihan?

Si Ibu tua tu ada hubungan rapat dengan keluarga kami dan dia mengadu kat mak aku  yg dia nyaris2 nak bunuh diri kerana terlalu sedih di perlakukan oleh anaknya yang hanya memberikan dia makan nasi berlaukkan ikan bilis setiap hari sedangkan si anak dan menantu makan lauk sodap2.

Aku tak nak komen lebih2 sebenarnya tapi sebagai ibu yg sudah tua dan dah tak berdaya bergerak sendiri serta bertaraf OKU  layakkah di perlakukan sedemikian rupa oleh anak2nya ?
Kisah lama tak payahlah di kenang2 kan  lagi jika si ibu tu pernah buat silap pun lupakan aje dan berbaktilah kepada orang tua yang dah melahirkan kita kedunia ni sehinggakan kita boleh melihat bintang , bulan dan matahari.
Esok2 kita tua jugakkan...tak do yang sihat seumur hidup pun zaman sekarang ni !!

Moralnya jgn buat mak ayah kita serupa itu kalau tak nak nasib kita gak macam itu di kemudian hari  nanti.



Ini lak gambar mak aku.
Ibu yg melahirkan kami 7 beradik.
Gambar ni aku rakamkan 2 bulan lepas sewaktu aku hantar adik aku NOOR ke stesen komuter Senawang.
Mak aku memerhatikan NOOR di luar pagar stesen komuter dari noor naik komuter sampailah komuter tu hilang dari pandangan matanya....gayanya dah macam seorang pesalah.
Tapi yg pastinya dia  berdoa dalam hati agar anak gadisnya selamat pergi dan pulang dan doa seperti itulah jugak yang  di pohon oleh semua ibu2 di seluruh alam semesta untuk anak2 mereka termasuklah jugak aku .


Selamat hari ibu buat bonda HAJAH SITI RADIAH dan jugak kepada adik2 aku ANN dan IKIN yang jugak sudah bergelar ibu serta semua readers RKTS  yg bergelar ibu semoga kita menjadi ibu dan idola yang terbaik untuk anak2 kita....Aminnn !!

Okeyyy...sambung wat kojo lik sok nak cuti jalan2 nek bas ekpresss.


SALAM UKHWAH







10 comments:

Cik Ecah said...

pandainya ank akak buat muffin...
heheheh mesti terharu kan kak :)

Citarasa Rinduan said...

kak.. moga dirimu cepat sembuh ya

first time ayu br tau ada tepung yang siap segera, cuma bancuh telur dan air sahaja?? wahhh.. syer gambar tepung boleh??
hehehe


selamat hari ibu bt IBU yang melahirkan dirimu, untuk kak ct, adik beradik kak y dinyatakan diats juga...

moga y baik2 bt semua ibu...

gerhana luka said...

bluebery muffin my peberet nih!

Kakzakie said...

Baca N3 mula kakak rasa suka sebab anak bujang dan dara dah boleh diharap... tapi bab anak yg bagi mak dia makan ikan bilis selalu tu buat kakak tersentuh sangat..:(

CT NoArIzAh ArIs said...

CIK ECAH...princess akk tu memang minat bab baking tapi klau suruh masak lauk lum hbs ckp dia dah ghaib dah :)

CT NoArIzAh ArIs said...

AYU...tima kasih ayu semoga ayu jugak jadi ibu yg terbaik buat umai.

CT NoArIzAh ArIs said...

AYU...tima kasih ayu semoga ayu jugak jadi ibu yg terbaik buat umai.

CT NoArIzAh ArIs said...

GERHANA LUKA... ye ke..cubalah wat sendiri guna tpg ready made tu jeee..:)

CT NoArIzAh ArIs said...

KAK ZAKIE...gitulah kak nasib manusia ni semua berbeza2.... semoga anak2 kita tak macam tu nanti ye kak :)

Aidah said...

Cito ibu tuo tu kan, ponah gak jadi kat oghang yang dokek ngan akak. Dah sakit mak tu, tak dipoduli dek monantu eh. Padohal eh dulu maso monantu tu sakit tak buleh bangun bobulan2, mak montuo ni lah yang jago makan minum dio ngan anak2 eh. Sokaghang ni oghang tuo tu dah sakit, tanyo kaba pun tak nak. Sian tau. Akak ni samo nangieh bilo oghang tuo tu cito kat akak. Tak po lah kan. Tuhan tu ado.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails