Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, May 15, 2012

Dah ready nak ke Arau, Perelih.

Salam sejahteraaa...!!Selasa
23 J'akhir 1433H




Tiket dah ready dahhh..tiket bas pergi dan tiket balik dari somban ke kangar - kangar ke somban .
Pukul 10.30 kang aku berlima akan naik bas ekspres VIP untuk menuju ke stesyen bas Kangar.
Jangkaan masa sampai kul onam potang kang kat stesyen bas kangar pastu aku akan drive kereta yg shilla sewakan kat sana untuk ke Arau pulak dan terus ke penginapan kami .


Anak2 aku tu xcited sangat nak naik bas jalan jauh2.
Al maklum jelah dari kocik sampai ke bosar bagak ni ha tak ponah naik bas jln jauh2 camni tu yang gumbira sangat kat hati ea tu.
Price akulah yg paling happy sekali malam tadi dia siap tido awal sebab tak sabar nak tunggu pagi.











Bertungkus lumus le dua beradik ni buatkan cupcake nak bagi kat mak udanya kat Arau tu.
Ni semua gara-gara muffin yg semalamlah ni :)



Buah tangan buat adik aku kat Arau tu.....

Anak2 aku happy le nak jalan jauh naik bas....mak abah aku pun gembiralah kot nak tengok hasil jerih perih anak bongsunya selama 3 tahun  ni tapiiiiii aku ni seriau jee nak naik bas dua tingkat tu..... lagilah pulak dengan macam2 kes kemalangan bas sekarang ni..... korang semua doakanlah aku berlima ni selamat pergi selamat pulang yo....nanti aku updatekan citer konvo adik aku tu kat blog ni.

Okeyyy.... selamat bertemu lagi sekembalinya aku dari Arau, Perelih nanti bye-bye!!



SALAM UKHWAH

4 comments:

Kakzakie said...

Insya-Allah selamat pergi dan balik ct. Kakak doakan sama. Tahniah buat adik yg konvo..

Muffin anak saudara buat mesti mak uda suka dan bangga...

Aidah said...

Akak doakan Ariezah bolimo solamat poie dan balik. Amin. Anak akak ni kok buleh pun nak ngajak gak naik bas godang tu. Tapi lutut akak ni sakit kalau duduk lelamo lam bas. Longuh monggigit2 ghaso eh. Mako tak dapek lah nak komano. Duk ghumah yo lah. Kirim salam akak kat adik tu yo. Tahniah, dah lopeh bolaja.

ariana said...

sesekali naik bas mmg bercampur baur perasaan..tp kanak2 tau seronok je kan.rajinnya buat cup cake..kecil2 lg dh biasa masuk dapur..senanglh mama dia nnti:)

ainnoraini said...

sesakali naik bas seronok jugakkan....kite pun jarang dah naik bas...

semoga selamat sampai pergi dan balik yee..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails