Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, December 3, 2010

Kalau HAWA pandai memasak....ADAM mesti boleh jadi imam!

 
"Hargailah wanita disekeliling anda kerna dia adalah ibu kamu,isteri kamu,anak perempuan kamu,adik perempuan kamu,menantu kamu,pekerja bawahan kamu....kerna bukan mudah seorang perempuan utk memikul semua tanggunjawab seorang diri..."
 
Wanita adalah insan biasa yang perlu di hargai kelembutannya...di belai sepenuh kasih sayang dan bimbing....sebab itu kaum ADAM di jadikan pemimpin kepada kaum HAWA yang lemah ini.....tapi yang berlaku hari ini adalah sebaliknya.....ramai pulak kaum-kaum HAWA ni yang terseksa hidupnya kerana sikap ADAM-ADAM ni....tapi bukan semualah...ramai jugak yang baik-baiknya.
Segelintirnya lepas tangan setelah menceraikan isteri dan meninggalkan  zuriat sendiri untuk memulakan kehidupan dengan orang baru...terpaksalah si isteri tu membanting tulang 4 keratnya untuk menyara anak-anak lebih malang lagi kalau anak ramai....inikah hadiah yang patut di terima oleh isteri-isteri yang pernah bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat suaminya?
"KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE? TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM??? "
Sewaktu nak memilih calon isteri bab masak dan mengemas di jadikan syarat utama.....walaupun ramai yang terpelajar sekarang ni sikit sebanyak kena jugak tahu ke dapur.....yang paling penting RAJIN....pandai masak tapi malas pun satu masalah jugak....tapi kenapa calon isteri sahaja di beri perhatian...tak pulak calon suami?
Kebanyakkan ibubapa di luar sana JARANG  ambil kisah dalam soal memilih calon suami untuk anak perempuan mereka...boleh ke jadi imam,sembahyang 5 waktu buat ke tidak, puasa penuh tak sebulan....sikap  masyarakat kita lebih mementingkan airmuka takut anak dara tak laku....dua-dua dah perkenan ONN jelah apa nak pening2 kepala?...pandai2lah dia orang nak hidupkan!
Sebab itulah agaknya semakin banyak masalah sosial sekarang ini....kaum ADAM yang bergelar suami yg sepatutnya menjadi pemimpin bukanlah yang terpimpin....kalau tak boleh jadi imam sembahyang bagaimana nak menjadi ketua keluarga yang baik untuk ahli-ahli keluarganya nanti?
"Pimpin lah wanita sekelilingmu supaya dia tidak goyang dgn dugaan dan tunjukkan jln yg benar kerna sebelah kakinya menghampiri syurga dan sebelah lagi menuju ke nereka...nauzubillah"
 CN: Sekadar renungan untuk pedoman !
SALAM UKHWAH:
 
 

5 comments:

Anonymous said...

Aku bertanya-tanya sekarang jika kita dapat berbicara tentang statistik situs Anda - volume pencarian, dll, saya sedang mencoba situs yang saya dapat membeli adspace melalui - beritahu saya jika kita bisa bicara tentang harga dan yang lainnya. Cheers mate Anda melakukan pekerjaan yang besar sekalipun.

Unknown said...

salam ziarah..

bagus entri ni~

SITI NOARIZAH ARIS said...

ALINAC...T/kasih...utk kamu baca doa tu selps solat yea mudah-mudahan di kurniakan suami yg soleh!


ANONY....sy tak faham apa yg kamu bicarakan...sebaiknya sertakan nama dan tujuan kamu...jika tak mahu ia public adalah lebih bagus di kirimkan tujuan kamu itu terus ke EMAIL sy.

Sy akan cuba membalas pertanyaan kamu di situ nanti...salam hormat.

sekamar rindu said...

salam..ziarah,

biar dua-dua pandai baru hidup bahagia..isteri pandai urus rumah tangga (termasuk pandai masak) dan suami bertangggungjawab boleh jadi imam, baru rumahtangga kekal bahagia..dan dirahmati allah swt..

follow ur blog..

SITI NOARIZAH ARIS said...

SEKAMAR RINDU...Best nama ni...betul apa kamu ckp tu setuju bangat sih.

Terima kasih follow sy!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails