Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, March 30, 2012

Sudah tiba giliran kami pula....


Salam Jumaat Hari Penghulu hari..!!
Jumaat
7 J' awal 1433H



Hari ini genap seminggu aku tak menulis dalam blog bukan tak ada idea tapi tak cukup masa.
Aku sibuk menguruskan emak aku yg demam hampir 2 minggu.
Kelam kabut aku setiap masa dengan kesihatan mak yg kian merosot sampaikan 4 buah klinik aku bawak pun tiada perubahan langsung makin teruk lagi adalahhhh.
Akhirnya aku sepakat dengan yg lain untuk bawak sahaja dia ke hospitak Besar Seremban.
Baru 3 hari ni mak aku keluar dari hospital selepas di masukkan 9 botol air ke dalam badannya dan ditahan dalam wad selama 3 hari 3 malam .

Bermula 15 March yang lalu mak dan abah tinggal kat umah aku sampailah ke hari ini.
Selama 2 minggu ari tu setiap kali hujung minggu umah aku penuh dgn kedatangan adik beradik aku seramai 7 orang bersama keluarga masing2.
Bila dah bertandang ramai2 macam tu bertambah sempitlah umah aku yg kecik tu rasa macam nak bukak je dinding umah tu.....sib baik takleh di bukak tutup !
Kalau aku wat kenduri kat umah aku kompem takyah ajak orang ramai2 dgn adik beradik dan ipar duai aku je umah aku dah sesak dah.


Ann sorong mak ke wad kritikal di zon merah hospital besar Seremban.

Adik aku dari yg duk belajar kat Arau,perlis sampailah yg kerja kat Johor bahru pulang berkumpul kat umah aku selama mak demam ari tu.
Adik adik perempuan aku yg masih bujang bergilir-gilir jaga mak kat dalam wad waktu malam.
Aku dan yang lain hanya waktu siang sahaja.
Mak tak boleh berjalan di sebabkan tekanan darahnya drop dan ada jangkitan kuman dalam darah serta demam yg berulang-ulang.

Alhamdulillah sekarang mak dah beransur sembuh, dah ada selera makan dan boleh berjalan sendirian tanpa di pimpin oleh kami.
Kalau tengok keadaannya berjalan sebelum masuk wad ari tu rasa nak nangis pun ada..... begitu siksa dia nak melangkah ke bilik air kat umah aku tu.

Hari ini aku leh pergi kerja dengan senang hati walaupun mak dan abah tinggal berdua je kat umah tu.
Aku juga boleh menulis blog macam selalu sebab kepala otak aku tak serabut bila memikirkan keadaan mak.
Bila kedua mereka ada kat depan mata aku ni aku rasa lebih senang hati.
Esok nak balik kampung nak tengok umah tempat membesarnya aku 7 beradik yang dah lebih 2 minggu di tinggalkan oleh mak dan abah.




        ************************************************************************

 

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan sudah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandung berserta tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan. setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redai dan jadikan sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).~ Surah Al Ahqaf, Ayat 15.


"Dan Tuhanmu sudah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah' dan jangan engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakan (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka sudah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil". Surah Al Isra: Ayat 23 dan 24.

Jangan sekali-kali anda membelakangkan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu-bapa walaupun untuk apa jua keadaan dan sebab. Sebagai anak, amat sekali ditakuti sekiranya anda melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kebajikan mereka dizalimi. Bagi maksud mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT maka anda perlu memikirkan kebajikan mereka (ibu bapa) sebagai perkara utama. Jauhi perkara dilarang mengakibatkan mereka terasa terbuang, diketepikan atau kecil hati dengan tindakan anda.

~Petikkan dari  Berita Harian, Jumaat, 30 Mac 2012~



SALAM UKHWAH

4 comments:

nabilah_2908 said...

Alhamdulillah...syukur lah mak akak dah ok... :)

bagusnya..mak sakit..semua balik ziarah... :)

Rinna said...

Alhamdulillah mak dah beransur sembuh.. Moga terus sihat.. untung ada anak ramai..boleh sama2 membantu nengokkan mak.kan..

ariana said...

Asmkm. Akak doakan moga bonda CT akan pulih sepenuhnya ye..

Alhamdulillah sebab punya ahli keluarga yg ramai dan mengambil berat antara satu sama lain..:)

Kakzakie said...

Bersyukur CT ada peluang jaga mak hingga sembuh. Moga mak bertambah sihat.

Seronok tengaok rumah kampung CT... halaman luas. seronok boleh ber BBQ kat situ ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails