Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, March 12, 2012

Kasih sayang seorang lelaki yg bergelar AYAH.

Salam Sejahteraaa..!!
Isnin
19 Rabiulakhir 1433H



Ayahnya yg lebih bersungguh-sungguh dari anaknya.

Minggu lepas anak bujang aku ni kena buat model meja dari straw minuman.... model tu mesti kuat untuk menampung berat bebanan buku-buku tebal.... kali pertama dia buat aku yg tolong tapi hasilnya hancussss..... bila cikgu letak buku2  terus terkangkang kaki meja tu.

Cikgu suruh dia  buat lagi dan untuk kali kedua ni pulak ayah dia yg tolong buatkan.... kalau pasal buat kerja2 macam ni memanggggg laki aku suka.....cuba kalau anak dia hulur buku tanya pasal tulisan jawi, matematik , bahasa melayu atau apa2 pelajaran punlah semuaaa dia tolak kat aku.... tapiiiii kalau buat kerja2 kerastangan yg macam ni dia lah yg akan meng-offer-kan dirinya sendiri.... balik je kerja terus buat model ni .


Model meja dari straw minuman yg dah siap di buat.



Hasilnyaaaaa..jeng..jeng..jenggg !!

Hasilnya memangggg tak mengecewakan tak cukup dengan buku-buku teks di tambah lak lagi dengan kamus yg tebal pastu lotak lak laie bakul sampah atas tu untuk menguji ketahanan model meja tu.....tak jatuh terjelepuk pun macam aku buat mula2 tu..:))

Dolu-dolu masa PRINCES aku dalam tahun 5 guru kelas seninya suruh semua pelajar tahun 5 kat sekolah tu buat wau.... laki aku ni jugak yg gigih tolong membuatnya siap carikan buluh dan tebang buluh lagi.... pastu rautkan lagi buluh tu sampai jadi halus...gosok dgn kertas pasir biar licin pastu ayahnya jugak lah yang menampal kertas yg dah siap di lukis oleh PRINCESS kat wau tu dan hasilnya memang cukup membanggakan bila dalam ramai2 murid-murid dalam 8 kelas tahun 5 yg diarahkan untuk membuatkannya cuma PRINCESS aku sorang aje yg berjaya naik kepentas untuk mengambil hadiah dan waunya mendapat pujian dari pengetua kerana dia berjaya menyiapkan model wau yg besar dan cantik.

Walaupun bukan PRINCESS yg buat 100% tapi kesungguhan dia menyiapkan tugasan dan sikap ambil berat ayahnya untuk membantu itulah yg sangat di banggakan.....walaupun kami berdua ni bekerja tapi perhatian kepada anak2 tetap di utamakan.....Siapa yg kata ibubapa yg berkerjaya tak ambil berat pelajaran anak2 mereka ???

Kita semua ni berkerja pun untuk anak2 kita jugak kerana anak-anak kita adalah PERMATA NEGARA  dan ramai diantara pelajar2 yg telah berjaya di luar sana  berlatar belakangkan dari ibubapa yg bekerjaya.
 
 
SALAM UKWAH

4 comments:

Reena said...

setuju 100%... :)) hebat la meja tu... huhuh

ratusiput said...

cantik.org lelaki mmg cmtu kan...dia lg ske buat menda2 gini.kalau bab2 nak ajar anak bm ke bi ke mmg dia tolak awal2 sbb malas kot.samalah husband ratu...

Kakzakie said...

Wah... pengelat ye suruh ayah tolong buat hihi...

Samalah kakak ct. Bab kerastangan ni memang kakak tak boleh juga.

Cik Ecah said...

wah! hasilnya sangat membanggakan...
hanya guna straw :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails