Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, September 9, 2010

Baju raya tak siap g....camno nak ghayo?

Petang tadi  dalam perjalanan pulang ke kampung aku dengar radio sinar FM....bawa kereta sorang-sorang layanlah lagu-lagu raya.....time ni mana-mana siaran radio pun keluarkan lagu-lagu rayo jo....tinggal kat belakanglah lagu-lagu cintan korang!!

Sambil-sambil dengar lagu terkeluarlah pulak siaran ulangan cerita pagi tadi....celoteh MAK NENG, SALLEH YAAKOB dengan sorang lagi penyampai sinar tu tapi lupalah nama dia (dulu-dulu zaman bujang cepat je ingat nama lelaki sekarang ni kejap je dah lupa.....pasal aku pun dah ada laki dan anak laki-laki).Adalah sorang pendengar ni mengadu raya 2 hari lagi tapi ada 20 pasang baju lum siap jahit....gunting pun tak lagi!!

Banyak tuu.....20 pasang bukannya 2 pasang.....di buatnya malam ni isytihar esok raya tak ke haru biru?.
Kalau aku yang jahit kain-kain tu dah pingsannn wooo.....!!!
Macammana nak raya kalau tak ada baju raya?
Alamatnya pakai baju tahun lepas le...itupun kalau nampak baru dan cantik lagi.....kalau dah selalu di pakai ke ofis tak glamor le kawan tu.....orang dah selalu nampak baju tu!

Pasal tu aku selalu beli baju yang dah siap jahit je tak payah pening kepala nak pergi tempah dan susah hati bila baju aku tak sempat siap....pasal aku mesti nak melaram dgn baju baru pagi-pagi raya tu.

Patut le agaknya aku ni tak jadi tailor....kalau tak aku dah tergolek pengsan dek mengelabah pasal tak sempat siapkan baju pelanggan.


CN: Aku update blog ni kat rumah mak mertua aku....nak nangis pasal line bb celcom kat sini lintang pukang...kejap ada kejap tak ada....kalau siang mau aje aku lari kerumah mak aku.

SALAM UKHWAH:

2 comments:

Mat Gebu said...

Selamat hari raya, maaf zahir batin untuk puan sekeluarga, berhati2 di jalan raya dan saya doakan yang terbaik untuk hari raya tahun ini yeaaa...

CT NoArIzAh ArIs said...

Terima kasih En Mat Gebu...maaf lmbt bls komen sbb kat rumah mertua internet sgt lembab...Slmt hari raya buat En Mat sekeluarga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails