BUAT SUAMI TERCINTA..
Isteri yang menikahi kamu tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita
untuk menjadi solehah….
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
Untuk isteri.... renungkanlah. ...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
BUAT ISTERI YANG DIKASIHI…..
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim, pun tidak setabah Ayyub.
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita
membangunkan keturunan yang soleh.
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami
yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak
berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak
semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya
kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh
Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Di petik Dari : KISAH RUMAH TANGGA
SALAM UKHWAH:
2 comments:
Ass'kum.. membaca site ini mengingatkan saya pada arwah suami yg bukan sahaja suami bahkan dia jugalah teman/ kawan/ kekasih hati yang amat mengambil berat kebajikan saya & anak2. Pemergiannya bagaikan satu tamparan hebat pada saya.. sedih apabila mengingatkan bibit2 perkenalan kami hingga ke hujung nyawanya.. Redha pemergiannya namun kerinduan padanya masih dirasai hingga ke hari ini..
Al-fatihah buat arwah suami Isma...semoga rohnya di cucuri rahmat. Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog RKTS ini.Doa saya Isma akan lebih tabah mengharungi kehidupan demi anak-anak yg masih kecil.
Post a Comment