" MUTIARA YG TERINDAH ADALAH DARI WANITA BERGELAR ISTERI YG TELAH MELALUI SUSAH SENANG SUKA DAN DUKA SELAMA BERTAHUN - TAHUN BERSAMA SUAMINYA....GILAPLAH IA , BELAILAH IA DAN KASIHKANLAHNYA SELAGI SI SUAMI MASIH MEMILIKKINYA KERANA JIKA DI BIARKAN SINAR ITU AKAN PUDAR DAN HILANG HINGGALAH SI SUAMI TIDAK NAMPAK DAN MENEMUI CAHAYANYA LAGI...IBARATKAN SEBUTIR PERMATA YG HILANG "
1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
3. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
4.Firasat hati seorang isteri melebihi apa yg tidak terfikir oleh suami...dan firasat itu selalunya tepat.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21.Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya dan hatinya sering benar di dalam menilai tindak tanduk si suaminya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
CN: Hati yg menanggis tiada siapa yg tahu!!
No comments:
Post a Comment