Selamat petang...!!!
Baru petang ni dapat mencuri-curi masa menulis kat sini .. 3 hari aku cuti tak bekerja 3 hari jugaklah blog ni tak ber UPDATE ... bukannya malas tapi kesuntukkan masa.
Di tambahkan pula aku berada di rumah mak mertua aku selama 2 hari lagilah aku jadi macam katak bawah tempurung ... langsung tak tahu apa-apa pasal dunia alam siber ni pasal rumah mak mertua aku tak ada line internet.
Hari Jumaat (31/12/10) .. hari terakhir 2010 aku berada di rumah mak aku .. walaupun ada line kat sana jangan haraplah aku ada banyak masa nak berdating dgn lappy aku ni .. dah terang2 nyalah adik-beradik semua ada kat umah mak ... macam2 ragam dan boraklah yg keluarkan !!
Hari sabtu & Ahad (2011) .. aku berada di rumah mak mertua menemani HUBBY di sana.. (ceewaah...mcm ko tak selalu balik sana je kan ..sedangkan tetiap bulan!!! ) ...dah tentulah tak dapat berblogging apalagilah blogwalking .. dah suruh adik ipar aku masuk line kat sana tapi dia tak masukkan lagi ... nak kena pujuk dia kaw-kaw le lepas ni .. atau mungkin lepas keluar keta baru dia kooott !!!
Petang semalam balik ke rumah aku pasu bungga aku tunggang-langgang .. dari cerita jiran aku ada orang nak pecah masuk rumah aku tapi gagal ... tak sempat buat apa-apa jiran sebelah dah pasang lampu .
Akibatnya bunga berduri mak datin aku terbalik tersepak kat penyanggak tu ... nampaknya lepas ni tak boleh le tinggalkan rumah lama - lama lagi ... ada je orang lain yang berangan nak bertandang dalam rumah aku pulak .
Lepas ni aku nak tempah mangga pintu yang sebesar buah kelapa tu pulak nak pasang depan belakang .. kat tingkap...kat pintu bilik air dan tandas aku sekali!!
CN : Tetiba je pulak aku terbau kapur barus tadi....eerrkkk!!!!
SALAM UKHWAH:
No comments:
Post a Comment