Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, January 29, 2011

Pepagi lagi PRINCE dah buat aku berapi-rapi !!

Okkk...ini cerita pagi tadi.


                                                        

Anak bujang aku TERLAMPAU xcited sangat dapat masuk pengakap....dah siap beli uniform isnin hari tu tapi aku tak jahit lencana lagi....dengan paksaan yang melampau dari dia menyalak kat telinga aku hari2 suruh jahit lencana, jadinya malam tadi aku pun menjahitlah lencana itu dengan kerelaan dalam keterpaksaan ( paham2 jelah kan mlm2 aku nak BW di suruh pulak menjahit )

Sooo...pagi ni dia pun memakai uniform tu dengan satu perasaan kebanggaan dan kegembiraan bila aku kata.....

" Handsome le anak ummi pakai baju pengakap ni !!! "
Tersengih sampai ke telingaaaaaa....

Aku yang hantar dia ke sekolah sebelum aku pergi kerja....lepas letak dia kat depan pintu pagar sekolah tu aku pun blah laa.....tak sampai 5 minit dia call aku..!!

PRINCE : " ummi tolong jemput may sekarang? "
AKU: " kenapa lak ? "

Aku ingatkan aktiviti di batalkan ke saat-saat akhir rupa-rupanya....








PRINCE:  " May dah salah pakai baju patutnya baju sukan bukan uniform ni !!"
Laaaaa.....terpaksalah pulak  aku berpatah balik ke belakang pergi ambil dia semula !!

Aku : " ni macam mana ni nak balik umah tukar baju lah  ?"
PRINCE : " tak mahulah datang sekolah hari ni..." airmata dah meleleh dah !
Aku : " kenapa pulak ?"
PRINCE : " Tadi kawan2 gelakkan may pasal may sorang je pakai uniform ni orang lain pakai baju rumah sukan...tak naklah datang hari ni"
Lagi laju airmata keluar.... !!

Aku : "Macammana ko leh lupa hari ni bukan pakai uniform...tulah happy sangat nak pakai uniform nikan... kan dah salah hari !! "

Dan aku pun mulalah membuka kuthbah pagi sabtu aku dalam keta !

Haa...nasib ko baiklah aku kerja dekat-dekat sini je... dibuatnya aku kerja kat nilai ke... luar kawasan seremban ke..... ko duduklah terpacak kat taska depan sekolah tu sampai petang kang.

Tak pasal2 aku punch lewat 10 minit hari ni...ceehhh !!!


CN : Tu pasal aku terpaksa lupakan hasrat nak kerja jauh-jauh ni... semua pasal anak !



SALAM UKHWAH:

4 comments:

ツbieaz@bie Azreenaツ said...

Hahahaha gara2 xcited sampai2 salah pakai baju pulak....malam2 pulak akak jahit lencana!!
nasib baik akak keje dekat kalau tak makin kuat pulak airmata anak akak kuar....tak pasal2 pagi2 akak bkhutubah

KiD said...

HEHEHE... budak2 kan.. mesti gelakkan kengkawan.. aduhaaaii.. cian mummynya...

CT NoArIzAh ArIs said...

BIE.....memang geram sangat tapi kesian lak tengok dia nangis pasal kena gelak tu.

CT NoArIzAh ArIs said...

KID....Dah perangai budak2 macam tu...macam zaman2 kita dulu jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails