Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, May 15, 2011

Ini citer pasal BW...KOMEN... SHOUTMIX dan LAGU .


Sepanjang blogspot busy tak boleh sign in hari tu aku dah macam orang meroyan dah !!

Nak update blog tak boleh... lagilah pulak hari tu hari JUMAAT hari kebiasaan untuk aku showkan tazkirah Jumaat.
Pastu lak nak check komen terbaru pun tak dapat.
Nak terjah blog yg aku follow kat dashboard pun tak dapat.

Aduiiiiii.... hangin satu badan botoilah wa cakap lu !!
Korang tahu tak waktu yg terbaik untuk aku BW ke blog korang adalah sewaktu aku dalam ofis.
Aku ada banyak masa untuk terjah blog korang lepas satu ke satu blog pasal kerja aku memang melanguk je depan PC .
Ini tak sama kalau aku ada kat rumah samaada lepas balik kerja ataupun hari cuti.

Lepas balik kerja aku kena  ambik anak aku di tempat persingahan mereka.
Pastu sampai umah aku mandi, solat pastu kena masuk opis comel aku untuk masak juadah makan malam.
Ampai baju... kemas umah... check buku anak.... gitu gini pukul spuluh baru aku dapat rehat.
Kalau tak penat aku dapatlah update blog ataupun BW kat blog korang.
Kalau penat aku dah terbaring depan tv pastu terussssss tv lak yg tengok aku zzzzzzzzz.......!!!!!

Satu lagi bila BW aku suka lepak lama2 kat blog2 yang kena dengan selera mata aku.
Aku akan geledah blog tu satu persatu...... baca setiap N3 yg aku suka baca..... kadang2 tu sampai sehari suntuk aku hanya duk baca blog yg satu tu jeeee..... tu kalau blog tu tersangat menarik kat aku.

Pastu kalau ada N3 yg perlu aku komen aku akan komen... tak kiralah dia blogger baru ke lama ke tua ke muda ke lawa ke handsome ke.... pasal aku jenis yg tak memilih...... N3 ko ok dan menyeronokkan aku kan baca sampai habis !!

Yang tak best tu adalah kalau aku terjumpa blog yg shoutmix ataupun cbox dia yang tetiba je jadi panjang sampai tertutup setengah N3 nya.
Ini yg aku tak berkenan.... menganggu konsentrasi aku nak membaca sudahnya aku X  kan ajeee !!

Bab lagu kat blog korang  bukan masalah kat aku... pasal kat ofis aku memang OFF kan speaker kat pc tu.
Kang tahu lak orang aku tengah BW bila dengar lagu tu terjerit2.
Jadi aku memang tak kisahlah blog ko ada lagu ke tak kan... tak menganggu hidup BW aku pun !!

Dalam bab komen pun camtu gak ....aku SUKA " kotak komen " yg memudahkan aku nak mengomen.
Bukan macam sesetengah tu yg kena letak huruf pengesahan dulu......atau kena letak segala jenis email & website sekali atau macam2 lagilah yg menyusahkan pembaca blog yg nak  cepat dan pantas macam aku ni.

Jadiiii...... pasal itulah bila blogspot busy tahap dewa time aku kerja....sampai tak leh sign in buat aku cukup-cukup benggang !
Aku tak dapat BW dan tak dapat komen !!
Bukankah bagus kalau blogspot buat hal masa hujung minggu sewaktu aku tak ada  banyak masa nak BW.


CN : aku lepaskan geram sampai wat 2 entry hari ni ha !!


SALAM UKHWAH

8 comments:

Unknown said...

selamat malam ct,,
amboi.....
mmg tau blogspot nie bt hal time ayu off di citarasa rinduan,
wakai kawan2 blog kita y marah2..
nk buat lagu mana??

sabor jerlah,,

SITI NOARIZAH ARIS said...

AYU.. tulah harap2 janganlah selalu dia wat camni.. bosan gak BW tapi x leh komen kat N3 org ni.. mcm kita masuk umah orang tak bagi salam je kan !!

Layyinul Harir said...

amboi kak..marah ni..
syafa pun geram gak baru nie.rasa macam hilang nyawa je..HAHA..

sebab masa itu ada idea nak taip.
nak sign ini xley..kecewa giler la katakan..

satu lagi,syafa selau gak hbiskan ms blog org yg syafa suka..1 hari baca entry lama2..termasuk la blog akak..kan ada yg sal artikel2 agama..2la syafa suka jugak..

ttg perkongsian akak semua la..i like..

sebnenrnya,bila akak kata suka komen kat mane2 blog x kira tua muda,ensem ke x...syafa teringt ms mula2 akak dtg komen,terkejut gak,sebab ingtkan pembaca blog syafa kawan2 syafa jer.

tapi,bila dh kenal nie,rasa macm best gak.walaupun umur kita,status kita berbeza x mengahalang kita kenal dalam dunia blog kan?

siyesly,suka la dpt kenal ngn kak ariezah ini..=)

SITI NOARIZAH ARIS said...

SYAFA.. wah skrg time mlysia 11.48mlm.. mexico siang ke mlm time ni.

Macm dunia blog mcm tu gak kat realiti akk tak pilih kawan sapa2 je akk kawn tua atau muda, bukan melayu pun leh jadi geng akk... asalkan mereka ikhlas dan bkn jenis suka tikam kwn dr blkg.

Tima kasih selalu siggah blog akk yea.. akk pun selalu gak ke mexico tu tengok kamu tapi dalam blog kamu leee..hehe!!

Unknown said...

ngamuk pasai apa ni...

SITI NOARIZAH ARIS said...

SARZLI... bkn ngamuk cuma meluahkan prasaan hati bila blogspot x leh bukak itu jeeee !!

Layyinul Harir said...

hmm..kalo malaysia pukul 11.48pm,syafa kat sini 10.48am..

syafa lewat 13 jam..hehe..
2la,kdg balik kelas ttghri,org malaysia dah tido..aihh!


ye,syafa pun cm tuh. xsuka benor main tikam2 nie.

same2..alahai,xpe.ne tau rezeki akak dtg realiti ke sini..hehe

SITI NOARIZAH ARIS said...

SYAFA... insyaALLAH itu yg akk harapkan dpt tgk negara org satu hari nnt...:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails