Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, May 23, 2011

Bersantai di kolam pancing.....


Assalammualaikum.... selamat hari Isnin !!
Sepatutnya entry ni aku tulis malam tadi tapi mood aku tak berapa baik lebih baik aku tutup lappy dan tido !


Petang semalam aku duk bersantai kat tepi kolam pancing Rantau ni.
Temankan hubby yg dah gian pasal dah lama tak memancing.
Bila duduk kat tepi kolam di temani dengan cuaca yang redup dan pemandangan menghijau buat perasaan kita jadi tenang.
Setenang air kat dalam kolam tu.

Sebenarnya aku sangat kuciwa... pasal kuih badak berendam yang aku buat tengahhari tu tak jadi macam yg aku inginkan.
Cukup-cukup aku frust... frust menonggeng !!
Dah jadi sifat semulajadi aku kalau buat sesuatu tu mesti nak jadi sempurna.
Kalau tidak boleh buat aku gila meroyan seminggu.

Princess aku yg sibuk suruh aku buatkan kuih tu.
Dalam keadaan tergesa-gesa dengan nak masak untuk lunch lagi nak buat kuih lagi pastu nak temankan pulak hubby memancing.... betul2 wat aku kelam kabut.
Aku dah janji nak temankan dia pukul 2 petang tapi kuih aku pulak yg siap pukul 2 petang sudahnya kami bergerak hampir pukul 3.

Kuih tu memang jadilah macam badak berendam tapi rasanya OUT.... tak macam yg aku inginkan.
Aku tak puas hati walaupun ini percubaan pertama aku.
Dahlah tu dalam keadaan tergesa-gesa pulak..... tu yg aku lebih suka beli je kalau kuih tu bukan kegemaran keluarga kecik aku ni.
Aku dan hubby memang tak berapa suka kuih manis2 dan kukus macam ni tapi anak aku sibuk suruh aku buat.

Kalaulah keluarga kecik macam aku ni lebih jimat beli sahaja daripada buat dapat banyak tapi yg makan sorang dua je pastu tak berapa jadi lagilah buat aku benggang .
Dapat penat je yg lebih !!
Lainlah kalau keluarga besar memang patut pun buat sendiri.

Jarang sangat aku buat satu satu kuih tu tak jadi.
Paling2 bangsat pun hati aku tetap puas.
Inilah akibatnya bila buat dalam keadaan tergesa gesa mengejar masa.
Kalau aku boleh kerat badan aku ni jadi 3 memang aku buat....nasiblah tak boleh.

Sampai hari ni aku masih rasa tak puas hati dan sakit hati sangat pasal si badak2 itu....hissshhh !!!
Aku langsung tak ada hati nak ambik gambar kuih tu.
Menyampahhhhhhhhh !!!!!


CN : Nyesal betul tak godek gugell dulu. semalam : (


SALAM UKHWAH:

10 comments:

LindaRahim said...

sy x pernah lg wat kuih bdk berendam nih...tp wan pandai la...tiba2, terasa lak mcm nk belajar ngan dia...

CT NoArIzAh ArIs said...

LINDA..elok belajar dari skrang semasa wan kamu masih ada lagi jgn jadi mcm sy nnt meroyan macam badak .

IXORAROXI said...

Salam Arizah, semangat2, cuba lagi..kalau comeyy amik gambo publish sini ya

CT NoArIzAh ArIs said...

IXORA..sat sat nk g cari semangat dulu.. ni tgh bengang tahap mak badak ni.

Suhami Ahmad said...

kuih badak berendam tu cmne....

CT NoArIzAh ArIs said...

SUHAIMI... kuih tu di perbuat dari tepung pulut berintikan kelapa.... berendam dalam santan sedap berlemak dan manis nnt sy showkan gambarnya.

Dilla Ady said...

sori ct, lame tak jengah sini..

dilla tak bape minat mancing..boring la duk tunggu ikan..sib baik hubby pun tak minat mancing jugak..huhu

CT NoArIzAh ArIs said...

DILLA... haiii lama x nmpak u..ai tertunggu2 u punya N3 terbaru sat g nk terjah blog u plk noo !!

nabilah_2908 said...

betul la..lebaik beli je kuih2 yg family kita tak bape suka nak makan..

kalau buat...makan sikit je..rasa tk berbaloi..

tkpe la...kalau rasa tk puas hati lagi...lepas ni buat lagi...pastu bagi2 la kt jiran sebelah ke..hehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
PAKAI BOTOX KE ??

CT NoArIzAh ArIs said...

NABILAH...itulah yg sy fikirkan tapi sbgai seorang ibu kita mmg cepat kalah dgn permintaan anak lebih2 lagi bab mkn ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails