Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, May 18, 2011

Lokap mona bakal dijadikan destinasi perlancongan.



RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.


Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.



NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

SUMBER : hmetro


CN : Errrkkkk.... destinasi perlancongan ??.......aku takkan pergilah tempat-tempat camni..... takutttttttt !!!!!


SALAM UKHWAH

4 comments:

NaDiA said...

eloklah tu, hanya sebagai pengajaran...

jom giveaway...

http://khadiah.blogspot.com/2011/05/games-bingo-dan-giveaway.html

LindaRahim said...

sy pun bc kat metro smlm...nanges sy lau en suami ajak g melancong kat lokap mona fandey...huhuhu...ajak la g langkawi ke...taman rerama ke...hihi...

CT NoArIzAh ArIs said...

NADIA.. tima kasih sggh ya.. buat pengajaran mmg bagus bab melancong tu yg berat nk masuk tu .

CT NoArIzAh ArIs said...

LINDA... hahaha..samalah kita rumah hantu kat funfair pun taknak masuk inikan pulak lokap mona... kat situ jo den pengsan nnt!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails