Baru-baru ini saya mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi: Wahai umat Muhammad, berzikirlah selama hidupmu dalam sehari, seminggu, sebulan atau walau hanya setahun sekali. Hantarkan SMS ini kepada sembilan orang, insya-Allah esok anda akan men-, dapat berita baik. Siapa yang sudah tahu mengenai SMS ini tetapi mengingkarinya, orang itu akan mendapat nasib buruk selama sembilan tahun. Adakah anda tidak mahu mengorbankan hanya 90 sen kerana Allah?"
Saya musykil mengenai SMS itu kerana sebagai orang Islam, kita memang diwajibkan berzikir untuk sentiasa mengingati Allah dan mendekatkan diri dengan-Nya.Adakah saya perlu melaksanakan seperti diarahkan atau menghentikan pengedaran SMS itu? Saya pernah cuba menghubungi nombor penghantar dan dimaklumkan ia tersebar luas di kalangan pelajar. Apa pandangan Datuk dalam hal ini?
-SHANA Serdang, Kedah
Jawapan: Saya berpendapat ini adalah SMS berantai. Dulu zaman sebelum ada kecanggihan teknologi, peringatan seumpama ini dihantar melalui pos dan kemudian e-mel dan SMS. la adalah surat berantai yang dihantar oleh orang tidak bertanggungjawab.Dalam Islam, seorang Muslim wajib mempercayai bahawa nikmat dan bala, nasib baik dan buruk hanya daripada Allah, la tidak berlaku hanya kerana mengingkari beberapa hal seperti tidak menghantar SMS misalnya.
Usah takut bala akan datang sembilan tahun dan jangan mengharap berita baik jika menghantarnya pada orang lain. Baik buruk nasib manusia ditentukan berdasarkan usaha manusia dan doa yang tidak putus pada Allah. Peringatan untuk berzikir adalah baik. Jika orang mengingatkan kita berbuat baik, cukup sekadar ambil iktibar dan bukan yakin pada kuasanya, kerana bimbang akidah boleh tercalar.
Sumber: Soal jawab bersama Dr Mashitah.
Salam Ukhwah:
No comments:
Post a Comment