Sebahagian dari management staf yg tak malu untuk bergambar termasuklah aku !
Tahun 2011 adalah tahun Arnab bagi sanbutan TAHUN BARU CINA tahun ini... petang tadi masyarakat kaum cina telah melangsungkan acara makan besar dan bermulalah sambutan tahun baru mengikut tradisi mereka.
Pada 27/1/2011 hari tu company tempat aku kerja ni mengadakan sambutan tahun baru cina dan acara tarian singa.... semua menagement staff di wajibkan memakai baju warna merah ( LINK )..... masyarakat cina suka warna ni dalam sambutan perayaan mereka kerana warna ini membawa tuah terutama dalam perniagaan.
Ikuti gambar-gambar yg sempat aku rakamkan untuk semua pengunjung RKTS..... orang malas nak upload macam ni lah... dah basi gambar ni baru nak bagi orang tengok !!!
( pesanan penaja : sila klik kat gambar utk imej yg besar dan jelas )
dari baju sampai ke kasut pun merah kauuu !!!
Ada lion dance lagiii...... korang tau ke apa yg dia tulis tu ????
Ini pulak tukang buat bising !!
Ini salad dan angpau....nanti singa-singa tu akan ngaaaap dua-dua ni sekali !!
Patuh dengar arahan editor dia !
Are u readyyyyyyyy !!!!!!!!
1...2....3....apalagi telan laaaaaahhhh !!!!!
Okeeey....sesi bergambar dengan cho san !!
Ko kenal dengan si janggut panjang tuuuuuu ????
Itulah dia cho san.....siap pegang emas seketul lagi tu !
Okeey...sekarang kita baca pasal kepercayaan mereka tentang tahun Arnab pulak yea ( eh..eh...macam belajar kat sekolah pulak ).
Aku ni kan rajin meng gugell... jadi inilah hasilnya yg aku dapat..... !!!
KEPERIBADIAN ARNAB
Arnab merupakan zodiak yang mempunyai ciri paling gembira, berbakat, senang di dampingi, rendah hati (tidak sombong), tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi tetapi tidak terlalu melampau dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka merupakan teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.
TAHUN ARNAB
Tahun arnab dipercayai oleh masyarakat cina sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional dan jamu. Akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan.
KEPERIBADIAN MEREKA YANG LAHIR PADA TAHUN ARNAB
LELAKI: Tidak ketara, bijaksana, mendengar kata, bersopan santun dan beradab, diplomatik dan jarang berkonfrontasi
PEREMPUAN: Bijaksana, bertimbang rasa, baik, sensitif, dan suka menyukakan hati orang.
Tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan tahun arnab, oleh itu fokus dalam perancangan anda untuk masa depan anda. Bagaimanapun, oleh kerana akan terdapat banyak kuasa api di sekeliling, berhati-hati pada risiko kerosakan kesihatan emosional atau fizikal. (breakdown) Pulihkan semula diri anda dengan lebih banyak kuasa air lebih-lebih lagi di arah Timur. Bahagian Timur Selatan atau Barat Selatan di rumah atau bilik tamu anda akan bermanfaat dari barangan air juga. Pastikan yang barangan air itu diletakkan pada sebelah kiri pintu utama apabila anda memandang ke luar dari dalam rumah.
TAHUN: 1903, 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999
Nota: Ini adalah kepercayaan masyarakat cina, bahan bacaan adalah sebagai tambahan pengetahuan.
CN : kat sekitar rumah aku ni dentam dentum bunyi mercun....macam aku ada kat palestin pulak dah !!
SALAM UKHWAH
2 comments:
meriahnyer...
Misza...ya setiap thn mcm nilah !!
Post a Comment