Firman Allah s.w.t. yang bermaksud
Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakan.
Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun, kurma, anggur dan segala macam tumbuh-tumbuhan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaaan Allah) bagi kamu yang memikir.~ (An-Nahl:10-11)
Seorang sahabat di ofis aku ni berbangsa cina sering sangat mengeluh bila dengar guruh berbunyi di langit.
Lebih-lebihlah lagi kalau waktu tu dah hampir sangat pukul 5 petang.
Bila hujan turun lagilah dia memaki hamun.
Setiap kali berlaku kejadian yang sama mulutnya tak habih-habih menyumpah... mencaci.
Aku yang mendengar pun sakit taik telinga ni.
Andainya sahabat itu tahu untuk memahami maksud ayat di atas pasti dia akan menyesal.
Andainya sebulan hujan tak di turunkan apa yg akan berlaku nanti?
Sudah tentu muka bumi ini akan kering kontang, pokok2 mati, air sungai pun kering.
Bolehkah kita sebagai manusia bertahan untuk hidup dalam kemarau sepanjang tahun?
Itulah nikmatnya hujan.
Jangan di kesali dengan kehadirannya bersyukur sahaja dengan nikmat yang di beri.
Mungkin esok lusa kita tak dapat lagi mendengar bunyi hujan yang lebat itu lagi.
Mungkin esok lusa tiada lagi kedengaran bunyi kilat dan guruh.
Setelah tiba masanya kita di panggil menemui pencipta kita ......
Semoga sahabat itu mendapat hidayahNYA satu hari nanti !!
CN : Aku suka hujan..... tak caya baca SINI !!!
SALAM UKHWAH
1 comment:
mcm tulah manusia....tak ada yg sempurna...
Post a Comment