Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, June 20, 2011

IKAN TENGGIRI MASAK LOMAK CILI API.



Ikan tenggiri antara ikan-ikan laut yang mahal harganya tapi berbaloi membelinya kerana isinya sedap dan manis.... ikan ni juga sesuai di pelbagaikan cara masakkannya.... sesetengah orang masak gulai dengan cara masak kuah dahulu baru masukkan ikan tapi aku sejak dari dulu samaada uwan ataupun mak aku yg masak mereka akan masukkan ikan bersama santan dan cili api yg dah ditumbuk dan di masak sekali hingga gulai mengelegak atau mendidih...... lain orang lain cara masakkannya yang penting kena dengan citarasa kita sendiri.

Bahan-bahan:
Seekor ikan tenggiri saiz sederhana di potong kecil2.
15 ulas cili api di tumbuk
1 inci kunyit hidup di tumbuk
Santan secukupnya
1 keping asam gelugor
Garam ditumbuk bersama cili api.


Cara memasak:
1. Tumbuk cili api , kunyit hidup sehingga hancur & lumat.
2. Dalam periuk atau kuali satukan bahan tumbuk , asam gelugor ,ikan dan santan sekali.
3. Buka api sederhana besar dan kacau selalu perlahan2 agar santan tak pecah minyak hingga mendidih
4.Bila dah mendidih perasakan garam dan asamnya jika kurang masin tambahlah garam mengikut citarasa sendiri.
7. Kecilkan api dan biarkan seketika hingga kuah betul-betul masak barulah di tutupkan apinya dan sedia di hidangkan.




PETUA : Jika dari awal lagi kuah mendidih tak cantik atau pecah minyak ini bermakna gulai tersebut kurang garam.
 
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails