Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, June 18, 2011

PULUT KUNING & SAMBAL TUMIS PETAI.




Sebelum ni aku fikir buat pulut kuning ni renyah sangatlah kerjanya... lagilah pulak menu yg satu ni hanya di buat bila ada majlis2 tertentu saja..... mak aku pun jarang buat..... tapi pada 12 JUN hari tu sempena nak menyambut harilahir PRINCE aku cabar diri sendiri untuk buat pulut kuning untuk di bawa ke MORIB makan beramai-ramai dengan adik beradik aku........ rupanya senang aje kerojenya tak lah banyak nau ayap-ayapannya dan lepas ni leh le aku wat selalu bila tekak teragak nak makan pulut kuning...... tak payah nak tunggu kenduri bagai !!

PULUT KUNING

Bahan-bahannya:
1 kg beras pulut dibasuhkan
3 keping asam keping
3 sudu besar kunyit serbuk
3 cawan santan pekat
3 helai daun pandan di simpulkan
Garam secukup rasa di campurkan kedalam santan pekat.
Beberapa helai daun pisang.

Cara-caranya :
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk semalaman...sekali sekala gaulkan beras pulut yg di rendam agar rata warna kuningnya.
2. Panaskan kukusan dan toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Alas kukusan dengan daun pisang dan masukkan pulut yg telah berwarna kuning tadi keatas daun pisang dalam kukusan tadi.
4. Simpulkan daun pandan dan letak dalam pulut kuning tadi dan tutup periuk kukus dan masak hingga naik wapnya.
5. Sesekali kacau pulut agar serata masaknya setelah pulut masak tutup api kukusan.
6. Keluarkan pulut dan masukkan dalam mangkuk besar dan tuangkan santan yg telah di campurkan garam tadi .
7. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan jgn lupa alaskan dengan daun pisang yg baru.
8. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi anggaran 20-30 minit atau sehingga pulut betul2 masak.
9. Hidangkan pulut dengan rendang ayam, sambal tumis atau serunding daging.





SAMBAL TUMIS PETAI

Bahan-bahannya:
1 mangkuk isi petai
150gm ikan bilis
3 labu bawang besar di hiris bulat.
5 sudu besar cili kering yg telah di kisar.
1 sudu kecil asam jawa xtra jenama Adabi.
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:
1.Tumiskan cili kering tadi sehingga garing dan pecah minyak.
2.Masukkan petai , ikan bilis dan bawang besar yg telah di hiris tadi.
3. Gaulkan sebentar dan masukkan santan , garam serta asam jawa xtra Adabi tadi.
4. Biarkan mendidih dan sesekali kacau sambal hingga ia terbit minyak dan cukup masak.
5. Perasakan garamnya dan letak gula (jika suka) dah sebati bolehlah di hidangkan bersama pulut kuning tadi.




PETUA: Asam keping di masukkan kedalam kunyit bertujuan untuk melekatkan warna kuning kunyit pada beras pulut tadi.
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails