Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, September 2, 2010

karenah si kecil.

Malam semalam (31/09/10) aku bawa My hubby dan anak-anak aku berbuka di luar sempena meraikan "bonus" aku ni, aku bawa dia orang makan di salah sebuah restoran SEAFOOD yg TERfamous kat seremban ni. Aku ajak sekali adik aku yg baru kahwin tu tapi suaminya tak dapat join sekali sebab ada hal kat kampungnya.

Sebenarnya aku ada bawa kamera kunun-kununnya nak ambik le gambar 7 jenis lauk yg aku dah order beberapa jam lebih awal sebelum tu......tapi bila sampai di meja yg dah dikhaskan untuk kami waktu berbuka aku terus terlupa nak snap gambar2 lauk tu bila terpandang dua ekor ikan kerapu yg tengah posing ala-ala manja kat dlm pinggan tu.

Dah habis makan baru teringat....nak ambil gambar apanya lagi dah licin licau tinggal tulang dengan kulit udang je....tak pasal-pasal aku kena gelakkan kat My hubby...alamatnya citer aku ni tak bergambar lee..!!

Selepas makan tu sebelum pulang kerumah aku singgah le kat kedai runcit nak beli barang sikit waktu tu ada le sorang kakak ni bawa sepasang anak-anaknya ke kedai tu....aku leka memerhatikan gelagat mereka ( aku ni jenis yg suka tengok gelagat org )....si abang yg dah bermur 5 tahun ( aku agak2 je... ) sibuk nak keropok dengan air kotak ...si adik pulak nak keropok ,gula-gula ,dan air kotak.....mungkin jugak kakak tu bawa duit beberapa ringgit saja dia bagi amaran mata pada anak-anaknya....cuma boleh beli satu saja!

Paham-paham jelah budak-budak bukannya paham pun...si adik ingat mak nya tak suka dia pilih air kotak lalu di tukarnya dengan coklat kuantiti tetap juga 3 jenis...si abang pulak letak balik air kotak tu dan pegang keropok saje tak dilepaskannya...akhirnya si adik ambil coklat je bila si emak kata "kejap lagi kita datang lagi!! " ( alasan paling baik sering aku gunakan dulu..hehe!!)

Aku rasa situasi macam ni di alami oleh semua ibu-ibu termasuklah aku...nak dimarahkan tengah orang ramai...di ikutkan mau semua dalam kedai tu dia nak beli.....cara terbaik suruh dia pilih satu atau dua saje dan pujuk anak akan beli yg lain kemudian....itupun kalau si anak jenis ikut kata kalau dapat yg jenis tak makan saman tu sampai meraung-raung dalam kedai macam kena histeria alamatnya semut api naik ke badan leee.... !!


CN : Karenah si kecil adalah kenangan untuk kita di hari tua!



SALAM UKHWAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails