Syawal tahun ni banyak cerita pasal bercerai-berai yang sampai ke telinga aku.....bukan pasal artis bercerai yee....tapi kawan-kawan dan sedara mara aku dan My hubby yang punya al kisahnya.....bila hari raya kita kunjung mengunjungi sedara mara dan teman-teman, mereka juga mengunjungi kita.....dalam pada tu macam-macam ceritalah keluar termasuklah cerita cerai berai ni haa..!!
Kalau hari raya asyik duk terperuk kat rumah atau dalam bilik je sepatah haram pun kita tak akan tahu apa yang berlaku kat orang lain....terbaru aku dapat tahu kisah kawan sekolah aku dulu baru saja melepaskan ikatan perkahwinannya dengan isterinya sebelum Ramadan yg lepas......setahun lalu aku terkejut beruk tengok gambar raya mereka sekeluarga......aku tak sangka sebab dua-dua ni kawan sekolah aku dulu boleh bersatu sebagai suami isteri.....nampak mereka berdua sangatlah bahagia!!
Tapi sekarang aku lagi terkejut tahap bapak beruk bila dengar mereka berdua dah bercerai.....anak-anak masih kecil belum sekolah pun lagi.....apa masalahnya yaa....cuma ALLAH dan mereka berdua ajelah yang tahu.....walaupun ada jodoh tapi tak panjang kita pun tak boleh buat apa....semuanya kuasa ALLAH swt........aku percaya mereka berdua dah buat yang terbaik untuk perkahwinan mereka tetapi dah jodohnya sampai setakat itu sahaja.....kita hanya mampu merancang tapi ALLAH jualah yang menentukannya.
Patutlah raya tahun ni tak nampak lagi gambar mereka bersama....tinggal si suami aje bergambar sorang-sorang kat lokasi yang sama seperti gambar raya yang sebelumnya!
Dalam kehidupan kita ni macam-macam boleh berlaku tanpa di duga.....hari ini kita masih ada mereka yang kita sayangi tapi tak tahu esok lusa entah bagaimana pula keadaannya....Semoga kawan-kawan dan sepupu-sepupu kami yang telah berpisah itu akan menemui jodoh baru yang lebih baik dari yang dulu!!
CN:....sudah begitu ketentuannya!!
SALAM UKHWAH
No comments:
Post a Comment