Inilah tempat tinggal kami lebih 20 tahun lalu.....KG CHERAS BARU disini ada kenangan TERINDAH.
Selepas 20 tahun....banyak yg dah berubah!!
Kedatangan kami disambut dengan gembira dan kejutan.
Semasa Abah sibuk bersembang aku, mak dan adik beradik perempuan aku yg lain merayap lak ke rumah jiran sebelah.....Rumah kawan lama mak dulu.
Inilah Mak cik Yam....baru tiga bulan menjalani pembedahan jantung.....tak sedar kedatangan kami....sangat uzur kesihatannya.
Bergambar kenangan sebelum kami pulang.
Sebelum pulang ke seremban lepak-lepak dulu kat rumah adik aku tapi tak sempat ambil gambar pasal dah lapar sangat nak makan daa.....!!
Di Seremban singgah ke sikamat rumah Pak Teh aku yang tak sempat pergi hari raya ke lima semalam tu...!!!
Ini muka tuan rumah...dua-dua ni pesara tentera....orang kanan Tentera Darat dulu ni....jgn main-main!!
Sembang-sembang sambil makan kuih raya.....kat luar tu hujan lebat.....sejuukkk tapi air batu Mak teh tetap laku....tak ada sorang pun minta air panaaaassss!!!!!
Okey selesai sudah cerita Enam hari aku beraya bersama keluarga aku di kampung.....kat rumah kawan-kawan segan pulak aku nak usung kamera ke hulu hilir....ramai-ramai tu kuranglah sikit segannya....jadi untuk hari-hari yang lain cuma ziarah raya tanpa bergambar.
CN: Kita beraya sebulankan.......banyak lagi rumah aku nak pergi ni...hehehe!!!
SALAM UKHWAH:
No comments:
Post a Comment