Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, September 22, 2010

Suami tak suka orang datang beraya ke rumah !!!

PERHATIAN......Tajuk diatas tak ada kena mengena dengan My hubby....setakat hari ini berbelas tahun aku jadi isteri dia tak pernah dia melarang aku menerima mana-mana tetamu yang datang beraya kerumah kami.....kalau bukan hari raya pun dia tak kisah....apalagilah hari baik bulan baik yang merapatkan lagi silaturahim umat islam ni kan!


Aku terbaca kisah ni dalam KISAH RUMAH TANGGA di FB tu lagi....ada ke patut orang datang beraya beri salam tuan rumah duk diam-diam je kat dalam?....Kalau sengaja tak jawab salam tu dah berdosa tak menghirau kedatangan tetamu lagilah satu hal.....bukankah kita di galakkan menghormati tetamu dan melayan mereka sebaik-baiknya....apalah lagi kalau tetamu itu saudara mara atau kenalan yang kita kenali.....Tau tak tetamu datang membawa rezeki!!!

Nasib baik My Hubby bukan jenis orang macam suami empunya masalah ni....suaminya tak suka orang datang beraya kat rumahnya....takut nak bagi duit raya kat budak-budak kot?.....atau pun jenis orang yang tak suka rumahnya bersepah bila tetamu datng bawa anak ramai-ramai?....macam-macam jenis manusia kat dunia ni kan?

Kalau aku dan My hubby laaaaagiilah suka orang datang ke rumah beraya....biar cepat kuih raya aku habis......bukannya tetamu nak duduk kat rumah kita berjam-jam pun.....mereka juga tahu menghormati masa peribadi tuan rumah....kalau kita beraya ke rumah orang pun takkan nak duduk sampai ke malamkan ?

Tetapi ada juga sesetengah orang ni tak reti pulak nak membalas kunjungan kita yang dah beraya kerumahnya.....tiap-tiap tahun pergi rumahnya beraya tapi dia sekalipun tak pernah nak datang ke rumah kita bawa anak dan bininya...kalau kau orang nak wat cam mana dengan orang macam ni?

Dengan aku senang aje.....cukup 2 kali aku beraya kerumahnya tapi orang tu tak datang-datang jugak kerumah aku......haa alamatnya tahun depan dan seterusnya tak nampak lagilah batang hidung aku kat rumahnya tu....DAN.....secara tak langsung nama dan alamat rumahnya akan terkeluar dari senarai kunjungan hormat dari kami sekeluarga!!


CN : Aku jugak ada hati dan perasaan.....hari-hari aku makan nasi bukan makan batu!!


SALAM UKHWAH:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails