Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, March 15, 2011

Eh eh... dulukan ko tak percaya adanya kiamaaaattt ???

Beberapa bulan yang lalu ah soo sapu lantai ofis aku ni ada berbual dengan aku pasal kiamat.
Aku bagi tahu dia kami oarng Islam percaya tentang hari kiamat dan hari itu PASTI akan terjadi.

Dia boleh pulak tersenyum mengejek kat aku bagi tahu....
" u percaya kiamat ke ... u ingat betul-betul berlaku ke..??"

Aku jawab " Mestilah sebagai orang Islam kami mesti percaya dan yakin hari kiamat pasti ada... lagi pun semua yang ada di dunia ini tak akan kekal lama!"

" Saya tak percaya pun ada kiamat... saya langsung tak percaya itu tipu punyaaa !! " dia menjawab sambil tersenyum-senyum mengejek kat aku.

Aku rasa time tulahkan mau je aku hempop muka dia dengan kayu moop lantai tu.. ko tak percaya taklah tak payah lah nak senyum2 mengejek  kat aku pulak !!

Petang semalam sewaktu dia datang kutip sampah dalam bakul sampah kat meja aku dia kata...
" Eh izah u tengok tak tsunami kat jepun tu... dasyatkan macam dunia sudah mahu kiamat "

Haaa.. time nilah masanya untuk aku bagi dia sedasssss pulaaaakkk....
" Eh eh bukan ke hari tu u cakap tak percaya kiamat hari ni dah percaya pulak ke? "

Sambil ketawa ala-ala jerangkung tanah dia jawab .
" Percaya..percaya.. sekarang saya baru percaya hari kiamat ".

Tu baru kat jepun kena tsunami dia dah terus percaya kiamat kalaulah N.Sembilan ni yang di landa tsunami mau jugak Ah soo tu terus masuk Islam je agaknya.

Moral Of Story janganlah kita mengejek atau mentertawakan  kepercayaan agama2 lain walaupun secara logik akal ia macam tak betul pada kita tapi setiap agama tu ada sebab musabab kenapa perlu  percaya ini... tak boleh makan itu.... kena buat macam tu tak boleh buat macam ni.... hormatilah perasaan orang2 yang menjadi penganut setia agama tersebut.


CN:  Syukur Alhamdulillah.......


SALAM UKHWAH

10 comments:

Encik Suami said...

Biaselah..pandangan org berbeza. Lagi2 berlainan agama.
Last2..ah soo tue percaya pulak.
Bagilah dia terbiyah skit.Mana tau..kot2..dia nak masuk islam plak ker kan? Besar pahala.

SITI NOARIZAH ARIS said...

EN SUAMI.. hehe ni tengah2 usha masuk jarumlah ni kot2 tercucuk lak kan !!

Encik Suami said...

Jgn cucuk kuat sgt.Nanti sakit dia nanges pulak. Kesian dia.
Hehehe

kella said...

haah.. betul tu...
dunia memang dah hampir sangat! sana sini bencana macam macam yang datang...
gerun bila tengok bbc world tentang gempa dan tsunami tu..

yang penting kita umat islam kena terus percaya dan bersedia untuk menghadapinya...

mama zakuan said...

kita bersyukur la tak terjadi kat malaysia kan...mama follow

SITI NOARIZAH ARIS said...

KELLA... betul tu semuanya ni macam amaran pd kita semua.

SITI NOARIZAH ARIS said...

MAMA... Alhamdulillah tapi kita juga kena sentiasa beringat .

fyna ahmad said...

kite doakan yang terbaek untuk mangsa-mangse tsunami tue kan...





jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Fendi BL036 said...

kadang2kan cik CT...kita kena tunjuk bukti2 kekuasaan Allah kan kat org bukan Islam ni...semua agama percaya end of the day...tapi kiamat tak percaya...huhuhuu...

Unknown said...

sungguh...
ayu pun rasa sangat akhir zaman..
semoga terbuka hati si ah soon nak peluk islam..
mana tau kan??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails