Sempena cuti depavalli semalam aku balik kampung.... sebenarnya nak ambik PRINCE yang ada kat sana pasal sekolah dia cuti 3 hari sampai rabu semalam.
Oleh kerana aku dah ada kat kampung mak mintak aku hantar kan dia ke pekan kuala klawang nak buat cermin mata baru katanya.
Cermin matanya yg lama dah terpatah tangkainya.
Ini ah soo member lama mak...... kedai cermin mata ni anak dia punya.
Jadi aku bawakkanlah dia ke kedai cermin mata buatkan yang baru.
Mak cakap cermin lama tu penglihatannya kurang terang ....aku suruh tokey kedai tu check mata mak lepas di periksa mengunakan alat canggih dia tu mak perlu tambahkan lagi power cerminnya dan buat sekali 2 kanta untuk rabun dekat dan jauh.
Harga satu set cermin tu je dah 300 ratus ringgit....aku pilihkan mak bingkai yang cantik sikit dan lebih tahan dari bingkainya yg dulu.
Mak bawak 200rm je jadi aku tambahlah dengan duit aku yang balancenya tu.
Okeylah duit raya untuk mak sempena depavalli kannn...hehehe!!
Dah siap tempah cermin mak adik aku noor sibuk lak nak boli emas.
Aku tengok harga emas kat pekan ni $181.00 se gram.... kalau kat seremban lebih sikit dari ni.
Noor nak beli cincin sebagai tanda kenangan dia bekerja .... yelah ada duit sikit beli lah barang yg kita boleh pakai lama dan beri pelaburan kepada kita di masa hadapan.
Dari dia habiskan duit beli phone yang bukan-bukan lebih baik beli cincin emas.
Sekurang-kurangnya benda tu boleh gak di gunakan bila terdesak nanti..
Tapi yang jadi masalahnya adik aku ni jari ea kocik bebenau.
Nak cari saiz cincin pun susah sampaikan terpaksa di potong cincin tu untuk di kecikkan lagi.( potong cincin yea bukan potong jari dia..)
Bila dah beli barang tu aku tanya apa perasaannya.
Dia kata PUASHATI.....memang puas kalau kita bekerja pastu beli barang yang boleh di gunakan sepanjang masa apalagilah jika terdesak nanti....harga emas ada turun ada naik tapi selalunya naik ajelah memanjangggggg.
Balik ke senawang dalam pukul 6 petang aku terus ke TESCO XTRA seremban jaya...sebenarnya bukan nak beli apa pun saja je jalan-jalan....semenjak di buka minggu lepas aku lum ada masa lagi nak ke sini jadi oleh kerana hubby pun tak do umah pergi terengganu aku heret PRINCE cuci-cuci mata kat sini dulu.
Penimbang ni yang menarik perhatian aku...kalau kat giant benda alah ni tak do jadinya kita pun tak tahu berapa berat barang yg kita ambik tu tapi kat tesco ni ada penimbang ni jadi kita boleh tahu berat barang yg di ambil sebelum di bawa ke kaunter penimbang.
Jalan-jalan satu tesco hujung-hujungnya beli satu barang jeee.... maggie goreng sedap untuk makan malam aku dua beranak atas permintaan budak kepala separuh botak tu.
Waktu kat kaunter bayaran ternampak lak kedai COSWAY ni kebetulan aku pun ada barang nak beli jadi menyinggahlah ke sini sekejap beli barang kiriman kawan aku.
Mungkin pasal kedai ni baru di buka stafnya pun baru jadi servisnya tu agak kelembapanlah sikit...... punyalah lama aku kena tunggu dia setting kan DEBIT kad aku waktu nak bayar pastu boleh pulak dia suruh aku tuliskan no pin kad aku tu.
AKU : Mana boleh suka-suka bagi orang pin no sepatutnya saya tekan sendiri pin no saya.
CASHIER : oppss sorry..sorry u masuk sinilah tekan no u kita nak buat transaksi.
Aku kepelikkan lah pulak apasallah korang letak benda alah tu kat bawah meja cubalah ko letakkan atas meja kaunter tu senanglah sikit customer nak tekan no dyorang.
Ni di letaknya bawah meja kat sebelah dalam pulak tak ke satu keja pulak aku kena menyusup masuk ke dalam tu tekan no aku.
Bahayalah kalau macam ni lagilah pulak suka-suka je dia nak minta no pin kad kita.
Kalau orang yang tak tahu benda ni semua mesti dah bagi dah pin no sendiri kat orang pastuuuu.... haaa siaplah ko kat bill namploh hinggit kena bayar tapi wit dalam kad ko tinggal kosong hinggit jeee.
Menanggis tak berlagu lee jawabnyaaa.
SALAM UKHWAH
6 comments:
oh...sy tak terfikir lak nak beli emas...
tul la...gaji bnyk habis kt benda lain..huhu...
hmmm...thinking...thinking....(^_^)
NABILAH... beli lah sikit walau tak banyak sekurang-kurangnya ada kenangan hasil titik peluh kita selama bekerja tu.
Wahh bykanya aktivitinyaa yer.. :)
RINNA...xtviti biasa-biasa je tu.
Ade la jugak beli emas...mmg betul tu boleh buat kenang2an walaupun tak byk emas yg ade dlm simpanan
ni...
skrg kek somban dah byk sgt shopping complex...
Post a Comment