Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, October 21, 2011

Petua Murah Rezeki

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!!

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :

Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)




Kepada adik-adikku sekelian dan adik ipar yg suka sangat jadi silent reader blog RKTS ni selalulah sedekahkan Al-Fatihah buat mak dan abah / ayah  walaupun kedua mereka masih lagi bersama kita di dunia ini kerana inilah yang along amalkan setiap hari dan InsyaALLAH rezeki tak akan terputus dan datang tanpa di sangka-sangka.



SALAM UKHWAH

7 comments:

ratusiput said...

em bagus juga ni kan.insyaAllah diamalkan lepas ni... :)

Kakzakie Purvit said...

Nasihat yg cantik CT. ingat-mengingatkan sesama insan

SITI NOARIZAH ARIS said...

RATUSIPUT... amalkanlah selalu insyaALLAH rezeki tu sentiasa je ada dan rezeki tu jua pelbagai bukannya wang ringgit sahaja.

SITI NOARIZAH ARIS said...

KAKZAKIE... tima kasih kak yg kita tahu kita sebar-sebarkan semoga rezeki ilmu tu bertambah2 lagi....tima kasih sgt2 pasal akk suka masuk RKTS ni..:))

Unknown said...

tq untuk info yang sangat2 berfaedah ni

ariana said...

Insyaallah..doa yg di pohon bersungguh-sungguh hati akan dimakbulkan Allah..Memang dah kewajipan anak2 mendoakan untuk kedua ibubapanya..
T.ksh atas perkongsian yg baik ni..

IXORAROXI said...

berbuat baik kepada ibubapa dengan izin suami, Insyaallah akan dipermudahkan Allah segala urusan kita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails