suka memakai cincin ??.....ramai orang terutamanya kaum wanita sangat suka memakai cincin....kebiasaannya cincin di pakai di jari manis....tapi ada yang memakai cincin di kesemua jari-jari yang ada....nasib baik kat ibu jari pun tak di sarungnya cincin sekali....eerrr mungkin ada jugak kot?.....mungkin kerana terlalu banyak sangat koleksi cincin-cincin emasnya yang pelbagai rupa dan bentuk sampaikan semua jarinya "WAJIB"di sarungkan cincin....lebih-lebih lagi di musim raya nikan ramai lee yang nak tunjukkan koleksi -koleksi lama dan baru yang ada dalam simpanan tu yee...!
Tapi ramai tak di antara kita yang tahu adab-adab memakai cincin ni?.....jari mana yang boleh dan tak boleh?.....haa ini aku nak kongsi INFO sikit dengan kau orang semua...!!
" Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan ,
NabiMuhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
JANGAN DI PAKAI DI:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian Cara memakai cincin ini adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala."
Jadi selepas ini pakailah untuk 2 jari ni aje yee...kalau banyak lagi koleksi baru-baru yang nak di tunjukkan pakailah untuk hari yang lain pulak...kan kita raya sebulaaann!!!
CN : Peringatan untuk diri sendiri jugak..
SALAM UKHWAH
1 comment:
nice info ..
Post a Comment