Hari raya kedua ni kami sekeluarga tak beraya banyak rumah cuma pergi ke umah kawan rapat aku sewaktu sekolah dulu..........kawan lama cuma setahun sekali je dapat jumpa dan bersembang lama sedikit.....maklumlah hari-hari biasa masing-masing sibuk dengan keluarga dan komitmen yg lain.
Petang ni sempatlah aku buatkan kek butter untuk abah aku.....abah sibuk cakap banyak kuih raya yg keras dia tak dapat makan....nasib baiklah kat rumah mak aku ni line "cantik" nak bertenet dapatlah aku cari resepi ni dalam internet.....tima kasihlah pada tuan punya resepi ni ya!!
KEK BUTTER
250 gm marjerin
200 gm gula custer
250 gm tepung serbaguna (gandum)
2 cmb baking powder
4 biji telur saiz A
sedikit pewarna merah,hijau(ikut suka ) -ini aku tak letak pun.
1 tsp esen vanila
Cara:
1. Pukul marjerin dengan gula dan esen hingga kembang.
2. Ayak tepung dengan baking powder 3 kali.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul ke dalam adunan marjerin.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil di putar.
5. Masukkan susu cair sekiranya adunan tidak lembut. (Adunan mesti jatuh lembut jika diangkat)
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian kuning, merah dan hijau.
7. Lapisan adunan mengikut warna hingga habis.
8. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
CN : Aku suka makan kek butter yang masih panas lagi....terasa wanginya bau kek tu sampai ke dalam perut......eeerrr leh caya ke...AHAKS!!
SALAM UKHWAH:
2 comments:
salam puan dan selamat hari raya, maaf zahir batin..tergoda dengan kelembutan kek mentega tuu..ni mula nak menerai ni...hehe
Salam...Cik Mat dah terrer wat kek tak payah try gerenti jadi punya!!
Post a Comment