Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, June 25, 2011

Banyak blog buat N3 MAHARAJA LAWAK....akuuuu ????



Mesti semua orang tengok ML malam tadikan ?
Pasal tu ramai blogger buat N3 yg sama je hari ni....aku tak dapat tengok pun malam tadi.
Tahniahlah pada kumpulan SEPAH sebab jadi juara.... aku pun tak sangka SEPAH leh jadi juara aku ingatkan si budak NABIL tu.
Tulah kan tuah ayam nampak di taji tuah manusia ni tak ada sapa yg boleh meramalkannya.



Petang semalam lepas lik keja hampir pukul 6 ptg baru aku start mengukus pulut kuning tu.
Sambil kukus pulut aku masak sambal tumis bajet aku kena siap masak sebelum 7.30 malam.
Walaupun aku ada dinner malam tadi dgn kengkawan satu ofis ,  aku kena gak masak untuk hubby dan anak-anak aku.
Kang aku sedap-sedap makan yang kat umah ni kebulur pulak.

Sebagai ibu atau isteri kalau kemana-mana macam2 kena siap dan fikirkan kan?
Tak macam si suami boleh main redah jeeee tak payah susah2 nak masak bagai untuk anak bini kat umah.
Dalam masa kurang 2 jam tulah aku  bergegas buat macam-macam siap masak lauk makan malam bagai.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tak ada masalah.
Sempatlah jugak aku tengok citer TANAH KUBUR kat astro semalam .

Aku  call kawan aku kena sampai senawang sebelum 8.30 mlm pasal aku ada dinner.
Tapi dia terlewat gak sampai pasal jalan jem.
Semalam kan hari jumaat pasti ramai yang balik kg itupun kawan aku drive 180km kat highway tu.
Kawan aku tu pregnant lak tu !!

Janji jumpa depan giant sudahnya aku tunggu dia kat tol senawang je.
Pasal aku dah lambat dah nak  pergi dinner tu.
Boss cina aku tu berkali-kali tepon aku.

Tengah2 drive boss aku call....
"Izah...u kat mana... kawan dah sampai lum?"

10 minit kemudian.....
"Izah u kat tol tu lagi ke.... lambat lagi ke semua tunggu u ni!! "

5 minit kemudian.....
" izah u nak order apa ni..... nak lauk apa ? "
"Izah... kita orang order dululah arrr u lambat lagi ke ni"

Haiyaaaaa...itu apek manyak susah loohhh !!!
Kasi aku lagi stresssssssss  je dah lah aku drive sorang2 memalam ni.
Dia sibuk aje call tanya itu tanya ini !!

Bila kawan aku sampai terus je aku bagi pulut kuning dengan sambal tumis petai tu.
Peluk2 ala ala arab sikit... citer lebih kurang pastu ambik gambar.
18 tahun tak jumpa lepas SPM malam tadi jumpa balik tu pun tak sampai 10 minit.
Ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi ya khaty.. raya nanti ke.... kita leh sembang2 sambil minum oren sambil makan lemang dengan rendang.
Tapi lemang ko jangan dera aku buat lak aku tak reti.... aku beli tepi jalan je nanti...hehe!!

Okeyyyy...ari ni aku tak masak.
Beberapa hari ni aku asyik masak je bagi orang makan .
Hari ni orang lak masak bagi aku makan.
Kang aku nak g kenduri kat rumah jiran aku ni.
Makan kat sana lak....!!


CN : Ari ni aku tak keja jadi aku  nak BW puas2 topup hari yang lepas2 tuhhh !!


SALAM UKHWAH






8 comments:

IXORAROXI said...

mujur awak tak letak gambar pulut kunint tu di sini, mahunya saya tumpang telan air liur, saya ni kalau namanya pulut memang suka bebenor :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

IXORA... alahaiiii dah letak gambor leee..:)

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah ke blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba mengembara ke 46 buah negara.. :)

azieazah said...

SITI,
rasa tak puas la jumpa kawan lama, reunion santai gitu. Kalu boleh mesti nak duduk lepak 4,5 jam sembang sampai lebam, kan? hehehe

SITI NOARIZAH ARIS said...

JHAZKITARO... Wahh hebat tu 46 negara mesti kena terjah ni jap g sy g skodeng ekk !!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

AZIEAZAH... betul tu kak nk g syok bawak tilam bantak sekali leh sembang2 sambil baring2 mkn pulut kuning sekali..hehe!!!

Dilla Ady said...

kalu jumpe kawan lame, mmg tak puas la kak jumpe 10 minit jek...tp nk wat camne kan, kite ade hal kan..

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina tak dapat tengok sebab tak de astro, layan kat you tube eje.best mahataja lawak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails