Salam sejahtera buat semua yg sudi membaca entry ni.....
Sebelum membaca sudilah kiranya korang sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah pak cik aku Allahyarham Rashid Bin Mahmud yg baru sahaja kembali ke rahmatullah sebelum subuh pagi semalam.
Pukul 5 pagi hari khamis semalam aku dapat panggilan telefon dari mak kat kg bagitahu pak cik dah meninggal dunia...... mak suruh balik tapi hari tu aku kena hantar shilla MUET kat SMK Ampangan ..... aku janji dengan mak akan pulang sebaik shilla habis MUET nanti .... mak kata jenazah akan di kebumikan sebelum solat zuhur.
Aku sampai di kala orang sedang mengebumikan jenazah pada pukul 11 pagi.... sedikit terkilan tak sempat melihat wajah arwah buat yg terakhir kali..... sewaktu CIK YAH telefon bagitau jenazah dah ada kat masjid aku masih lagi menunggu shilla di rumah..... aku jadi serba salah....kat sini adik kat sana bapa saudara ... nak aku tinggalkan shilla bagaimana lak dia nak balik nanti... nak aku tunggu shilla kompem aku tak sempat sampai sewaktu pengebumian nanti..... tapi ALLAH tu sentiasa mendengar doa hamba2nya kan?
Dalam perjalanan aku nak ke SMK ampangan shilla tepon kata dia dah selesai MUETwaktu tu pukul 10 pagi.... terus je aku ambil dia dan drive laju-laju balik ke kampung ....tak sempat lihat jenazah kat masjid pun tak apelah asalkan aku sempat melihat ia di kebumikan.
Sewaktu hidup arwah adalah imam masjid dan pernah mengimamkan ratusan jemaah yg menjadi makmum semasa bersembahyang di masjid kariah Amar penghulu, Ulu klawang..... samada solat 5 waktu maupun solat sunat hariraya..... arwah juga menjadi imam sembahyang tarawih di bulan ramadhan sewaktu ia masih sihat.... arwah adalah orang penting yg sentiasa ada di majlis2 akad nikah..... sering di panggil untuk kenduri tahlil dan sebagainya...arwah juga yang akan membaca talkin sewaktu ada kematian di kampung kami..... hari khamis itu 13 Oktober dia pula di talkinkan oleh imam 3 masjid kariah yg sama.
Sebahagian dari anak-anak arwah duduk di pusara arwah ayah mereka sewaktu talkin di bacakan....... menyiram air dan berdoa agar arwah ayah tersayang sejuk dan damai di bawah sana.
Arwah adalah bapa saudara yg rumahnya paling hampir dan rapat dengan keluarga kami.... arwah adalah suami kepada mak cik iaitu kakak kandung mak aku....... arwah sering ada di setiap majlis kecil atau besar yg kami sekeluarga adakan...... arwah yg membantu menenangkan prince sewaktu berkhatan dan dia juga yang menjadi guru di majlis khatam Quran princess aku.
Semoga roh arwah aman bersemadi disana..... di cucuri rahmat dan tergolong di kalangan hamba-hambanya yg soleh.... semoga ALLAH menerima kesemua amalan kecil dan besarnya...wajib dan sunatnya yang telah di lakukan selama hayatnya.... Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya ,di luaskan kuburnya serta tenang di alam barzakh sana......Amin amin ya rabbalalamin !!.
" Bahawasenya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasenya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. " ~ petikan dari bacaan talkin.
SALAM UKHWAH
9 comments:
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga...
salam takziah untuk ahli keluarga..dan alfatihah buat yang telah pergi
takziah yer...
Al-fatihah buat arwah...
salam takziah..
terimakasih, penutup entri yang sungguh bermakna!
AZIEAZAH...tima kasih kak.
ACIK ERNA...tima kasih.
NABILAH...terima kasih atas ucapan kamu.
IXORA... tima kasih membaca hingga akhir... penutup entry tu buat pedoman kita semua.
Salam takziah buat seisi keluarga dan al fatihah. Moga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh.
Post a Comment