Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, November 1, 2011

12 ribuuuuuuuu....?????????????

Salam sejahtera....!!

Semalam aku cutikan..... jadinya aku ambil kesempatan bercuti hari isnin untuk buat banyak perkara.
Al maklum ajelah bukan senang nak dapat cuti hari isnin kecuali kalau ko ambik cuti tahunan ko sendiri .( ini bagi yg bekerja jadi kuli macam aku terkecuali kalau ko jadi tokey).

Selain dari pergi bank yg buat aku nak tergelak dan menanggis tu ......aku pergi ke pasar beli barang basah...pergi pasaraya beli barang kering....dan pergi potong rambut aku sekali.
Kasi pendek senang nak shampoo nak sikat nak pakai tudung pun senang.
Pendek kata semua kerja jadi cepat tak payah nak membelek rambut berjam-jam depan cermin.

Aku pergi ke salon yang memang aku dah biasa pergi sejak sepuluh tahun yg lalu.
Tengoklah punya lama aku setia dengan Amoi gunting rambut tu dari mengunting sampai ke rebonding sampailah buat spa rambut semua kat kedai dia.
Dah berapa banyak ratuslah aku melabur kat dalam kedai dia tu.

Sambil gunting rambut sambil berbual-bual.... member lamakannnnn....




AKU : Sekarang u tak ambil pembantu tolong  lagi ke?

AMOI : Takdalah sekarang anak saya sudah habis sekolah dia boleh tolong saya gunting rambut...dia pun banyak minat maaa...

AKU : Oooo itu macam kee.... jimatlah u tak payah bayar ratus-ratus kat orang macam dulu2 lagi.

AMOI :  Anak saya kerja sama saya pun saya bayar gaji jugak dia pun nak pakai duit....tapi saya tak perlu bayar mahal macam ambik indon ...sekarang kena bayar kat ejen 12 ribu kena bayar gaji indon enam ratus pastu kena kasi dia makan lagi tempat tinggal lagi.

AKU : Haa... 12 ribu... itu dah macam nak beli orang tu bukan ambik kerja lagi dah...dah bayar mahal2 dia lari u lagi susah.

AMOI: Yelahhh... lepas dia lari kita nak ambik orang lain kena bayar lagi duit habis kat orang saja ...macam u cakaplah macam  nak beli orang "

Aku dengar pun terkedu.....kang dah bayar riban-riban sampai sini tak tahu kerja nak kena ajar lagi .
Aku tak pernah ada pengalaman ambik maid ni pasal aku tak berduit .
Aku lebih suka hantar anak aku kat umah orang time dia kecik-kecik dulu.
Pukul 5 petang aku balik kerja terus ambik anak tak de nak merewang ke tempat lain paham ajelah mulut orang melayu nikan.
Lagipun balik umah nak kena masak lagi .... laki aku bukan suka makan2 kat luar ni ...tapau menapau pun tak suka nak jugak aku yang singsing lengan baju kat dapur hari2.

Tapi akak-akak ipar aku memang ada pengalamanlah ambik maid ni malah bersilih ganti.....macam-macam perangai pun ada.
Yang baru sehari keja terus pengsan pasal sakit jantung pun ada.
Yang nampak baik kat depan rupanya kat belakang nak goda laki akak ipar aku pun ada .
Sekarang ni dua dua ipar aku dah tak ambik maid lagi.
Dyorang pun ikut cara aku hantar anak ke rumah pengasuh ataupun taska.

Duit jimat hati pun senang.
Duablasssss  ribu tu dah boleh renovate umah dah tuuuu...



SALAM UKHWAH

7 comments:

Yaya Azura said...

12 ribu? mahalnya ! agaknya maid tu ada degree..hihi..

SITI NOARIZAH ARIS said...

YAYA AZURA...agaknyalahkan... dari bagi ejen wit duoblas ribu tu baik akk boli emas dik..hehe..

Kakzakie Purvit said...

Kakak baru 2 tahun ini tak guna maid CT. Sebelum ini telah ribu-riban kakak keluar bayangkanlah dari anak kakak yg sulung yg kini dah 15 tahun sampai anak bungsu kakak 7 tahun. Macam-macam kerenah bibik dah kakak rasa... duit tak boleh kata sebab kalau tukar pun kena bayar juga...

SITI NOARIZAH ARIS said...

KAK ZAKIE...Tulahkan bila kita bekerja x de pilihan bila terpaksa ambik maid tapikan harga macam tu mcm nk anaiya org mlysia sendiri berbelas ribu mcm2 kita leh buat dgn duit tu... lagi sakit hati bila tak tahu wat keja atau wat perangai.

Unknown said...

await mahai sangat tu...aiyooo, macam nak juai orang

SITI NOARIZAH ARIS said...

SUHAMI...tulah pasal macam nak pinag anak dara org kan..kan..

Kella said...

haah la 12k?? iuhhhh melampau je.. pandai ke buat keroje nih! huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails